Pages

Saturday, April 30, 2011

Betul ke nak jadi cikgu...

Hari ni seperti yang dijadualkan pergi menghantar Farah menduduki peperiksaan Medsi nya..lepasan diploma ada..STPM ada..matriks ada...muka semuanya fresh belaka..teringat masa zaman diri sendiri semasa memohon ijazah perguruan dahulu tak ada pun peperiksaan yang sebegini..cuma perlu di temuduga sahaja..mungkin sekarang ramai sangat nak jadi cikgu..jadi perlu ujian kelayakan sebegini..kepada anak-anak (hmmm..) dan adik-adik yang ingin sangat nak jadi cikgu kerana berjiwa cikgu tu.. semoga berjaya..kalau niatnya betul insyaAllah akan menjadi cikgu yang berjaya juga...kepada yang memohon nak jadi cikgu semata-mata untuk mempunyai pekerjaan itu..bersedialah kerana pekerjaan ini memerlukan pengorbanan yang tinggi..selain dari mengajar ada masa perlu jadi tukang kebun..ada masa kena jadi pekerja am sekolah..ada masa jadi seperti kerani sekolah..ada juga yang berkerusi plastik walau grednya sama dengan pengarah di jabatan lain..tapi kalau dah jiwanya di sekolah itu semua tak menjadi masalah..
Anyway..untuk menghilangkan kebosanan menunggu di luar dewan..sempat jugaklah klik sana..klik sini...










takhziah kepada sahabat baik yang kehilangan saudara terdekat..semoga rohnya dicucuri rahmat...

Friday, April 29, 2011

Best nya cuti...

Hujung minggu ni ada 3 hari cuti..best nya..minggu ni minggu yang agak sibuk..tak ada kena mengena dengan orang lain cuma kerja sendiri yang perlu diupdate kan..so ada la peluang untuk bersantai-santai..sikit je sebab esok kena temankan Farah ambil peperiksaan Medsinya..Ahad pergi kenduri kawin then petang kena balik KL sebab ada makan-makan time dengan adik beradik and family..so mungkin isnin je la yang free sikit..dapat ke free sebab ada kerja yang belum selesai ni...alamak....


sedang tengok ulangan royal wedding..gaun nampak simple tapi cantik dan klasik..

kalau la Lady D ada..mesti lagi best...

Sunday, April 24, 2011

Kesan Radioaktif Kepada Manusia



Hari yang membosankan...kerja banyak tapi malas..issshh...anyway.. since di tanya banyak kali sangat tentang pusat memproses 'rare earth' yang akan menghasilkan bahan radioktif di Gebeng Kuantan tu, aku pun merajinkan diri membaca artikel-artikel yang berkaitan dengan bahan radioktif ni..bukan apa..nanti boleh explain kat students.
Ni antara artikel yang telah di baca dari satu forum

Uranium Information Centre Limited (UIC), organisasi yang membekalkan panduan mengenai bahan radioaktif dalam rencananya menyebut, bahan radioaktif terbentuk melalui proses penguraian elemen-elemen kimia dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Contohnya kalium (K), dari K40 ke K39 (kedua-duanya adalah isotop). Walaupun radioaktif terdiri daripada isotop, tetapi bukan semua isotop adalah radioaktif kerana kebanyakannya adalah elemen biasa. Contohnya, K39 adalah mineral yang diperlukan badan sedangkan K40 pula adalah bahan radioaktif.

Ada empat jenis radiasi yang perlu diberi perhatian iaitu alfa, beta, gamma dan neutron. Setiap jenis radiasi memerlukan bentuk perlindungan yang tidak serupa kerana ia menunjukkan sifat dan kesan berbeza seperti berikut:


Radiasi alfa - Ia tidak dapat menembusi kulit dan mampu disekat dengan hanya menggunakan sehelai kertas, bagaimanapun, ia sangat sensitif dan mampu mengundang bahaya kepada paru-paru.


Radiasi beta - Radiasi ini dapat menembusi badan manusia tetapi tidak mampu menembusi lapisan kertas aluminium.


Radiasi gamma - Juga dapat menembusi badan manusia. Sinarannya yang lebih kuat memerlukan beberapa meter plumbum atau konkrit untuk menyekat penembusannya.


Radiasi neutron - Biasanya berlaku di dalam reaktor nuklear dan mampu menembusi plumbum dan konkrit.



Radiasi alfa, beta dan gamma pada kadar yang rendah secara semulajadinya adalah sebahagian daripada alam sekitar dan mungkin wujud dalam beberapa klasifikasi sisa.

Berdasarkan panduan UIC Limited, sisa radioaktif terdiri dari pelbagai jenis elemen yang memerlukan cara pengendalian dan pengurusan berbeza. Biasanya, sisa radioaktif diklasifikasi kepada tiga iaitu sisa tahap rendah (sisa dari hospital, makmal dan industri seperti industri tenaga nuklear) dan sisa tahap sederhana (mengandungi lumpur kimia, komponen reaktor dan resin).

Manakala sisa tahap tinggi pula terdiri daripada sisa bahan api yang telah digunakan dan elemen berat yang mempunyai tahap radioaktif yang tinggi. Jenis sisa ini bergantung kepada jumlah dan jenis bahan radioaktif yang terkandung di dalamnya.

Faktor lain yang perlu diberi perhatian untuk menguruskan sisa radioaktif adalah berdasarkan tempoh masa ia kekal sebagai bahan berbahaya sehingga menemui satu jangka waktu yang dipanggil separuh hayat.

Dalam tempoh berkenaan, bahan radioaktif akan mengurai sedikit demi sedikit untuk mengurangkan tahap bahaya sehingga keadaannya stabil dan tidak membahayakan; dan proses ini memakan masa dari beberapa saat ke berjuta-juta tahun tertakluk kepada jenis isotopnya.

Menurut John R Cooper di dalam bukunya; Radioactive Releases in the Environment : Impact and Assessment, beberapa industri moden terutama yang membabitkan penghasilan tenaga dan perubatan, mempunyai potensi pembebasan sisa bahan radioaktif ke persekitaran yang sangat tinggi berbanding industri lain.

Keadaan ini mengambil kira faktor produk yang kebanyakannya perlu melalui proses radiasi selain sifat semula jadi bahan utama yang membahayakan. Kita terdedah kepada bahaya bahan radioaktif setiap hari namun kesannya yang tidak ketara pada tempoh permulaan tidak memberi peluang kepada pencegahan dan rawatan awal.

Mungkin kita tidak sedar ketika berdepan dan menggunakan produk berasaskan bahan yang dikategorikan sebagai radioaktif, malah kita juga mungkin tidak pernah tahu, bahan radioaktif ini digunakan sebagai salah satu bahan utama.

Ada banyak produk yang mengandungi bahan radioaktif seperti jangka suhu, bateri, minyak berplumbum, tali pinggang dan bahan kosmetik seperti krim muka.

Pendedahan kepada bahan radioaktif untuk tempoh yang panjang boleh memberi kesan maut terhadap pengguna. Begitu juga dengan sinar-X yang perlu kita jalani semasa membuat pemeriksaan kesihatan. Sinar-x adalah sinar gamma yang menunjukkan kesan lebih ketara berbanding sinaran lainnya.

Atas sebab itulah, pakar perubatan sering mencadangkan, ujian sinar-X hanya boleh dilakukan enam bulan sekali dan tidak dibenarkan sama sekali dijalankan ke atas wanita mengandung. Sinar-X mampu membunuh sel dalam badan terutama sel yang baru terbentuk dan keadaan ini dikhuatiri akan menjejaskan struktur bayi di dalam kandungan.

Begitupun, ada juga radioaktif yang digunakan sebagai bahan perubahan. Contohnya radium digunakan untuk merawat kanser yang pejal (radiasi radium secara kerap mampu memusnahkan tisu tumor dalam badan pesakit). Fungsi asasnya sebagai pemusnah sel digunakan untuk kebaikan dan kemajuan sejagat.

Malah, rencana keluaran Wikipedia, The Free Encyclopedia pernah mengisahkan kesengsaraan rakyat negara Jepun berdepan dengan pencemaran bahan radioaktif yang bermula pada 1950.

Toyama, sebuah bandar kecil di Pulau Honshu, di Chubu, menyimpan sejarah hitam apabila diserang sejenis penyakit ganjil akibat pencemaran kadmium dalam sistem perairan.

Kadmium yang sering digunakan sebagai bahan saduran dan bahan utama pembuatan bateri, adalah sisa sampingan toksik berpunca dari aktiviti perlombongan sebuah syarikat yang melombong perak, plumbum, zink dan kuprum untuk kegunaan industri.

Namun, sikap tidak bertanggungjawab Kamioka Mines, syarikat yang membekalkan bahan mentah berkenaan meninggalkan kesan amat menyedihkan kepada masyarakat desa ini.

Penyakit ‘Itai-Itai’, sejenis penyakit yang menyebabkan badan pesakit menjadi lemah akibat keracunan kadmium yang menyerang sendi dan tulang belakang selain membantutkan fungsi buah pinggang sebagai penapis bahan asing dan asid sebelum masuk ke dalam saluran darah.

Itai adalah perkataan Jepun yang bermaksud sakit, digunakan untuk menamakan penyakit ganjil ini kerana pesakitnya sering menyebut perkataan ini bagi menggambarkan kesengsaraan mereka.

Bukan itu saja, penyakit Minamata, sejenis sindrom neurologi yang disebabkan keracunan raksa turut menyebabkan simptom seperti ketidakstabilan pergerakan akibat kegagalan sistem serebelum otak untuk berfungsi dengan baik, gangguan deria rasa pada tangan dan kaki, pengurangan daya penglihatan dan pendengaran. Dalam kes teruk, ia boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan maut.

Penyakit Minamata dikesan pada Mei 1956 di sebuah bandar yang terletak di pantai barat bahagian selatan Pulau Kyushu, Jepun. Bermula dari empat orang yang menunjukkan simptom Minamata yang berakhir dengan kematian. Simptom yang sama turut meragut nyawa tiga belas orang nelayan di pulau berkenaan.

Haiwan dan burung yang mempunyai habitat berhampiran kawasan berkenaan turut menerima nasib sama. Penyelidik dari Universiti Kumamoto mengunjungi daerah berkenaan untuk menyelidik dan mendapati penyakit ini berpunca daripada kandungan raksa yang tinggi dalam ikan.

Hal ini adalah tanggungjawab syarikat Chisso Corporation yang menghasilkan produk seperti ethanal dan plastik PVC (dan raksa digunakan sebagai pemangkin untuk membuat PVC).

Kajian menunjukkan, makanan laut seperti ikan dan kerang boleh mengumpulkan raksa dalam badan tanpa menjejaskan kehidupannya. Memburukkan keadaan, masyarakat di situ amat bergantung kepada hasil laut sebagai sumber makanan dan punca pendapatan.

Sisa bahan radioaktif perlu dirawat sebelum dibebaskan ke alam sekitar untuk banyak tujuan terutama menjaga kesihatan dan pengekalan sistem alam sekitar.

Ini termasuklah pengendalian di dalam makmal. Mengendalikan bahan radioaktif perlulah dilakukan dengan hati-hati dan cermat. Pastikan segala arahan dan panduan yang disediakan dipatuhi kerana sebarang keengkaran dan kecuaian akan membawa padah.

Panduan disediakan Occupational Safety and Health, University of Delaware menegaskan, bahan radioaktif yang ingin digunakan perlulah dikendalikan di kawasan yang ditetapkan selepas diluluskan Pegawai Keselamatan Radiasi.

Makmal juga perlu diklasifikasikan mengikut jenis dan tujuan bahan yang digunakan. Peralatan yang digunakan juga perlu di pantau dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran dan sebarang kerosakan yang mungkin berlaku.

Selain itu, pengendali bahan radioaktif perlu melengkapkan diri dengan peralatan tertentu seperti penghadang, sarung tangan dan peralatan amaran bagi mengelakkan kemungkinan radiasi.

Begitu juga dengan sisa radioaktif perlu dikumpulkan dalam bekas yang ditetapkan sebelum dihantar untuk menjalani rawatan sisa oleh badan yang telah mendapat pengiktirafan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Pastikan juga tangan dicuci bersih sebelum meninggalkan makmal bahan radioaktif. Bak kata pepatah, cegah sebelum parah.


teringat lagu Hijau...

Friday, April 22, 2011

Jus Celeri



Dua tiga hari lepas rasa tak selesa..so kebetulan lalu kat klinic aku pun gi la jumpa nurse kat situ..pastu kata kat dia nak check tekanan darah je..dia kata no problem..boleh jer..so bila dia beritahu bp tu agak terkejut jugak la..walaupun dalam range tapi sebenarnya tak pernah naik takat tu..Balik tu bercerita dengan sorang kawan..so dia bagi nasihat(yang aku rasa ala-ala tentera)supaya gi jumpa doctor..check everthing..hurmm..nanti la..
Then dia suggest aku minum jus celery..untuk turunkan bp...ha..ni boleh buat terus sebab kat dalam fridge ada 2 plastik celery..tapi before that aku gi google dulu apa kkebaikan jus ni..betul la yang diberitahu..memang jus ni banyak kebaikannya...


Antaranya:
1. Dapat menyetarakan PH tubuh.
2. Daunnya mengandungi vitamin A dan batangnya mengandungi vitamin B1, B2, B6
dan C,serta padat dengan kalium, asid folik, kalsium, magnesium, besi, fosforus,
natrium dan asam amino penting.
3. Membantu menetapkan sistem saraf, dan sangat menenangkan.
4. Celery kaya dengan natrium, yang sangat berbeza dengan garam meja. Garam meja
terdiri daripada sebatian organik tidak larut yang mengarah pada perkembangan
variskos, pengerasan arteri dan penyakit lain.
5. Natrium yang terdapat dalam saderi larut dan organik (hidup), dan
sangat penting bagi tubuh. Garam organik membolehkan tubuh untuk menggunakan
nutrisi lain yang diambil ke dalam tubuh. Setiap sel dalam tubuh kita terus
dimandikan dalam larutan garam. Jika tahap garam tidak seimbang, dehidrasi
berlaku. Inilah sebabnya mengapa jus celery adalah minuman rehidrasi yang
sempurna bagi para atlet.

Manfaat lain Jus Celery

Anti Kanser - Celeri diketahui mengandungi sekurang-kurangnya lapan keluarga sebatian anti kanser. Sebuah kajian di Rutgers University of New Jersey, mendapati bahawa celeri mengandungi sejumlah sebatian yang membantu mencegah sel kanser daripada merebak. Celeri mengandung senyawa yang disebut acetylenics dan sebatian ini telah ditunjukkan untuk menghentikan pertumbuhan sel tumor. Celeri mengandung senyawa lain disebut asam phonolic yang menghambat aksi dari zat yang menyerupai hormon yang disebut prostaglandin, yang mendorong pertumbuhan sel tumor. Coumarins, phytonutrisi lain dalam saderi membantu mencegah radikal bebas daripada sel yang merosakkan dan mencegah pembentukan dan pembangunan kanser usus besar dan lambung.

Menurunkan Kolesterol - Kajian juga menunjukkan bahawa phthalide butil, suatu bahan kimia dalam celeri, boleh membantu mengurangkan LDL (jahat) kolesterol. Menurut para penyelidik di Universiti of Chicago, celeri menurunkan kadar kolesterol sebanyak 7 mata hanya dengan 2 batang sehari. Celeri juga membantu dalam meningkatkan sekresi asam hempedu yang membantu menghilangkan kolesterol dari tubuh.

Membantu Pencernaan - celeri membantu untuk meringankan sembelit.

Diuretik - Kalium dan natrium dalam jus celeri adalah pengatur cecair tubuh yang kuat merangsang pengeluaran urin untuk membantu membersihkan tubuh dari kelebihan cairan.

Anti inflamasi - Polyacetylene dalam celeri merupakan bantuan luar biasa untuk semua peradangan termasuk rheumatoid arthritis, osteoarthritis, encok, asma dan bronkitis. Jus adalah cara yang paling cekap dan berkhasiat untuk makan seledri, dan orang-orang yang memiliki keadaan ini boleh minum jus sebanyak yang dikehendaki tanpa overdosis.

Menurunkan tekanan darah - Celeri potensi untuk mengurangkan tekanan darah tinggi telah lama diakui oleh ubat China. Kajian menunjukkan bahawa minum jus celeri setiap hari selama 1 minggu dapat secara signifikan membantu menurunkan tekanan darah. Suatu senyawa phtalides disebut membantu mengendurkan otot-otot sekitar arteri, melebarkan pembuluh dan membolehkan darah mengalir lancar. Pthalides juga mengurangkan hormon stres, yang salah satu efeknya adalah menyebabkan pembuluh darah mengerut.

Insomnia - The mineral dan minyak esensial dalam jus celeri mempunyai kesan menenangkan pada sistem saraf, sehingga bermanfaat bagi penderita insomnia. peringkat tinggi. Magnesium membantu orang untuk rileks dalam tidur menenangkan dan nyenyak.

Berat badan - Minum jus ceeleri sepanjang hari membantu mengekang keinginan untuk makanan manis.

Penghapusan dan Pencegahan batu - Jus celeri membantu dalam penyelesaian dan penghapusan batu kandung kemih dan hempedu. Jus ini indah membantu mereka yang menderita daripada batu dari mendapatkan mereka lagi.

Peningkatan Seksualitas - Jus celeri bermanfaat untuk seksualiti lemah, namun tidak menyebabkan dorongan tak terkawal.

Celeri boleh dijus dengan buah atau sayuran lain. Kombinasi khususnya lazat dan kuat adalah lobak merah, epal, dan timun.


Hari ni cuba saderi dengan lobak..not bad..'drinkable'






berazam untuk menghentikan pengambilan minuman berkarbonat...

Tuesday, April 19, 2011

Kek Pineapple Upside Down

Malam ni terlebih rajin...esok ambik cuti rehat atas sebab urusan keluarga..tu yang rasa ada masa tu..tengok kat dalam peti sejuk ada mentega dan ada nanas dalam tin lebih dari buat dessert untuk kenduri kesyukuran di rumah ibu mertuaku minggu lepas...so..ini la hasil kerajinan yang jarang2 datang ni...huhuhu...









Rasa nya sedap dan nak buatnya memang senang..resepi dah tak ingat dari mana sebab hari tu cuma copy and paste tanpa buat apa2 catatan..so pada tuan punya resepi ni..minta maaf banyak2..minta halalkan dan terima kasih kerana berkongsi resepi...

Ni resepinya..

Bahan-bahan:
200 gram gula kastor
180 gram mentega
4 biji telur
300 gram tepung naik sendiri {atau boleh gunakan 300gm tpg gandum + 1 sudu teh
baking powder & diayak
1 cawan jus nenas
1 sudu kecil perasa vanilla
1 sudu besar gula perang
9 keping nenas
24 biji ceri merah (bergantung pada bilangan nenas yang digunakan)

Cara caranya :
1. Putar gula castor dan mentega sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan jus nenas dan perasa
vanilla.
4. Adunkan bancuhan sehingga sebati.
5. Tabur gula perang didalam acuan kek dan susun nenas, letakkan ceri merah
ditengah tengah nenas.
6. Tuang bancuhan kedalam acuan tadi dan bakar didalam ketuhar yang telah
dipanaskan selama 45 minit pada suhu 160-180C atau sehingga masak.

masih cuba untuk mengurangkan berat badan..huaaaa....

Friday, April 8, 2011

Kek Pisang

Hari ni ustaz kat sekolah bawak pisang..kalau nak makan mentah gerenti dah lembik pun tak tentu lagi habis..so apalagi..merayau-rayau la mencari resepi untuk dicuba...kebetulan terjumpa blog Bukan Sekadar Masakan dan bila dibaca memang betul la bukan sekadar masakan....

Jadi ni resepi yang diambil dari blog tersebut...hasilnya memang tidak mengecewakan..

Kek Pisang

2 cawan tepung gandum
1 camca teh serbuk penaik
1 camca teh soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak ( saya guna minyak Mazola)
Esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Lenser acuan kek dan panaskan oven 180 darjah.Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik.

2. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam..(saya masak tadi lebih kurang 40 minit)

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan.

(maaf kepada Rosmarlina sebab mengubah ayat dan istilah yang digunakan)

Ini la hasilnya...









hmm..esok tinggal sorang..

Sunday, April 3, 2011

Fruit Tart

Bahan-bahan tart blueberry masih ada lebih...so apa lagi..hari ni buat another project pulak..fruit tart..masih guna resepi blueberry untuk pastry cuma fillingnya ambik dari
Blog Dapur Tanpa Sempadan (terima kasih)


Pastri :
250gm butter
80gm icing sugar
2 biji telur
440gm tepung gandum
1 sudu reh esen vanila

Bahan Pastry Cream
300 g susu segar (panaskan hingga suam)
3 kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum*
20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

Cara :

1. UNTUK KULIT TAT : Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat pilihan hingga setebal 2 - 3
mm. Buat hingga siap, cucuk2 permukaannya dengan garfu dan bakar 10 minit dalam oven
yang telah dipanaskan pada suhu 175C. Keluarkan dari oven, asingkan kulit tat dari acuan dan
sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

2. UNTUK PASTRY CREAM :- Satukan kuning telur dan gula, kacau dengan whisk hingga gula
hancur, tuang sedikit susu suam, kacau cepat hingga bersatu, dan tuang lebihan susu suam
dan kacau hingga rata. Tuang bancuhan tadi dalam tepung dan kacau hingga sebati dan licin.
Tuang dalam bekas tahan panas dan masak atas air mendidih (secara bain-marie) sambil
terus mengacau hingga pekat. Alihkan bekas, masukkan mentega dan esen vanila, kacau
hingga semua sebati dan bersatu. Masukkan pastry cream tadi dalam bekas bertutup dan
tutup masa panas2 untuk mengelakkan pastry cream keras bahagian atasnya.

3. UNTUK FRUIT TART :- Ambil satu kulit tat, sudukan sedikit coklat cair. Ratakan, buat
hingga habis, masukkan dalam peti sejuk 1 - 2 minit, untuk mempercepatkan coklat keras.
Masukkan pastry cream dalam piping beg yang dipasang muncung bintang, picit pastry
cream ke dalam setiap kulit tat . Buat hingga siap. Hias dengan
buah2an kegemaran, sapu dengan sedikit piping gel untuk mengilatkan tat..takde piping
gel..so tak buat..






Macam mana nak diet ni...

Friday, April 1, 2011

Blueberry Cheese Tart

Geram melihat gambar-gambar tart yang cantik dan comel-comel di blog-blog akhirnya aku mengambil keputusan untuk masak jugak tart ni sebagai desert makan tengahari bila melawat Farah di kolej Sabtu ni nanti..kebetulan ni pun one of her favourites..

BLUEBERRY CHEESE TART

Bahan-bahan:

Untuk doh pastri

250gm butter
80gm icing sugar
2 biji telur
440gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila

Kaedah penyediaan:

1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau
sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Filling

250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg

Blueberry filling

6. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur
dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg.
7. Pipekan cheese dlm pastry dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Buat corak ikut
suka.( Bluberry ni saya masukkan juga dalam dalam pastry untuk )
8. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat.

Tarra...




lepas ni nak buat fruit tart pulak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...