Pages

Friday, September 11, 2020

Nak mula semula ke tidak...

Lama dah post apa-apa disini..maybe later.. few months lagi nak pencen..so mungkin boleh exercise jari di sini..😁

Tuesday, October 8, 2013

Jeruk Mangga


Jeruk?  Ha...ni bukan makanan yang baik untuk kesihatan..mungkin tak ada nilai pemakanan... yang pastinya jeruk mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi.  Ada orang kata makan jeruk boleh melemahkan daya ingatan. Tu antara sebab anak-anak tak makan jeruk sebab mereka takut susah nak mengingat isi pelajaran..Kepala ikan dan organ-organ dalaman haiwan pun mereka tak makan.  Alhamdulillah setakat ni pencapaian mereka dalam pelajaran memuaskan.
Dah tau tak elok kenapa nak buat? Saje je la... nak mencuba...Sekurang-kurangnya tau jugakla bila orang bertanya..Lagipun kalau orang tua yang makan..tak apa kot..bukan makan banyak pun..bawak ke tempat kerja kongsi makan dengan kawan-kawan..mungkin tak memudaratkan.

Cara membuat jeruk mangga ( yang saya guna )

10 biji mangga pauh
2 cawan garam kasar
3 cawan gula

Cara :
1.  Bersihkan mangga dan potong ikut suka. Buang kulit boleh..tak buang pun tak apa.
2.  Rendam mangga dalam air garam ( 3 malam ).Mungkin kalau nak masam boleh rendam lebih singkat.
     Saya rendam 3 malam sebab saya tak buang kulit.  Warna hijau tu 3 malam baru luntur.
3.  Basuh mangga tu dan rendam sekejap.  Toskan.
4.  Masak gula dengan air.  Saya guna lebih kurang 2 cawan.  Sejukkan air gula tu.  Lepas tu salin la
     air gula tu dalam bekas lain.  Masukkan manggu dalam dalam air gula.
5.  Biarkan dalam peti sejuk selama 2 atau 3 malam. Siap....

Ni mangga yang telah direndam dalam air garam selama 2 malam..warna hijau tu 
masih belum luntur sepenuhnya


Tarra...ni jeruk yang siap untuk dimakan

Nak banding dengan jeruk Pak Ali Penang tu memang takla...

Wednesday, October 2, 2013

frog..

Hari ni menghadiri sesi pertama kursus virtual learning menggunakan platform frog tu..orang lain rasanya dah lama buat benda ni..ketinggalan betul..tak apa la..better late than never..anyway..today is a success. .esok another session..harap semuanya ok dan internet kat makmal komputer tak lembab sangat..

seronok jadi murid semula...

Monday, September 9, 2013

Sedih....

Lamanya tak menjenguk ke blog sendiri..tak ada mood..malas..sibuk..semuanya ada..banyak peristiwa suka duka yang berlaku 2, 3 bulan ni..yang paling terkesan di hati ialah kembalinya abah ke rahmatullah..maka tinggallah saya sepenuhnya di bawah lindungan suami.Sememangnya selama hari ni pun di bawah lindungan suami juga tapi kalau abah ada lain sikit rasanya..hati kuat sikit sebab tau ada tempat boleh mengadu..tapi nak buat macam mana kan...dah sampai masanya..semoga arwah abah, mak dan along sentiasa di cucuri rahmat Allah SWT..

Al Fatihah..

Thursday, January 31, 2013

Kayap..kayap go away...

Hari Isnin hari tu aku rasa sakit sangat kepala sebelah kanan ni...macam nak hantuk-hantuk je..so pergi la clinic..doktor u kat migraine or maybe urat..aku pun makan la ubat yang dia bagi tu..tapi tak kurang-kurang jugak..so the next day gi another clinic..doctor tu pun kata benda yang lebih kurang sama.Yang aku perasan lagi selain dari saki kepala aku rasa kening aku ni macam ada melecet..pedih bila di sapu... Petang selasa tu aku rasa lapar sangat sebab dah dua hari tak makan nasi..tak selera..so encik hubby pun bawak la akan kat luar. Aku order me kungfu..well..u know la dalam mi tu ada segalanya.ayam, daging, udang, sotong..habisla aku makan sepinggan. Malam tu bermula la kesakitan yang amat sangat..bukan kepala je yang sakit..dengan muka2 sekali rasa membara..pastu timbul bengkak kecil berair..paling banyak kat area kening dan dahi..malam tu aku tak tidur...ya Allah yan tuhanku..jangan la dapat penyakit yang pelik2 pulak..sakitnya bukan kepalang.. Esok pagi2 aku jadi patient pertama kat clinic tu. Doctor kata aku dapat kayap..ha?kayap?macam mana la boeh dapat penyakit ni pulak.. Doctor tu pun terangkan la sikit2...tak puas hati aku pun google la kat internet... ni antaranya

 ni pulak rupanya dahiku yang dah berkayap..


buruk giler tu....


pastu.ni la ubat2nya...kawan2 suruh pergi berjampi jugak..so aku pun pegi la..masib baik jumpa...makcik tu bagi sirih yang telah dijampi berserta air..air sirih tu dia suruh sapu kat bahagian yang terkena kayap..since aku tak makan sirih..en hubby la yang terpaksa mengunyahnya..

bila nak mengeluh teringat pulak kisah nabi ayub






Friday, December 21, 2012

Cuti yang tak berapa nak best..

Cuti yang betulnya tinggal seminggu je lagi sebab by next week semua meeting dah start..biasanya once meeting2 tu start maka bermula la sesi persekolahan 2013..no complain atually..kadang2 best jugak bila dah mula bekerja sepenuhnya ni..tak a boring sangat duduk kat rumah..cuti akhir tahun kali ni as i said tak la nak berapa best sangat..anak2 takde kat rumah..masing2 busy dengan studies..cik farah sibuk dengan finalnya..asyikin pulak baru nak start semesternya...so tinggal la sorang tekebil-kebil depan komputer..baca tu..baca ni..tengok tu..tengok ni..pastu jalan2 sekejap ngan encik hubby..kalau jalan lama sikit pun tengok budak2 bedua tu...hmm...konflik kelurga peringkat pengecilan la ni... Anyway hari ni cik farah yang cuti sampai esok ajak buat red velvet..tengok la macam mana..berjaya ke tidak...muahaha...


 apasal asyik mengantuk je ni...

 

Wednesday, November 21, 2012

Manik Lace..

Hahaha..akhirnya berjaya jugak projek minggu kedua cuti sekolah..menjahit manik guna lace..tak la cantik sangat macam pro-pro beaders tu punya,tapi cukuplah untuk diri sendiri dan nak-anak..takyah nak upah2 orang untuk jahit manik kat baju yang memang  faham sangat kadar upahnya..Hari tu ada kawan macam tak berapa nak sokong saya letak-letak manik kat baju ni..katanya macam berlebihan-lebihan..nak komen semua pun tak berapa nak pandai..almaklum la..ilmu agama pun tak berapa nak dalam..tapi nak buat macam mana kan..dah memang kita suka bling2 ni..bukan niat nak menunjuk-nunjuk pun.cuma suka tengok baju yang ada hiasan-hiasan tu..Anyway almost semua baju ada manik kat lengan walaupun sikit..hahaha...biar la dia nak kata apa pun...

Ni la hasilnya..sebenarnya guna apa yang ada kat rumah je..
Ingatkan nak letak lagi manik yang tabur-tabur tu lagi tapi rasa macam dah berat je..
so better tak yah...


                                                                 Boley la kannnn.....

 Mak budak baru belajar...
.

Monday, November 12, 2012

Cuti datang lagi..

Lama tak menulis kat sini.malas dan tak de mood nak taip menaip..Kerja sekolah pun banyak yang tak tertaip tapi since cuti sekolah dah mula, boleh la jengok-jengok blog yang not so intresting ni..anyway cuti bukkan la cuti sangat sebab masih ada extra class dengan students..lepas tu ada kerja rasmi yang perlu di hadiri..macam tu la..orang kata jadi cikgu ni best sebab banyak cuti tapi pada hakikatnya takde la banyak sangat pun, cuma mungkin ada yang terlibat ada yang tidak..
 So..cuti ni saya berazam untuk buat benda-benda yang saya suka..apalagi kalau tak masak atau menjahit..sekarang ni anak-anak cuti mid semester so ada la yang tukang makannya..untuk menjahit pulak saya nak cuba baiki skill menjahit manik yang saya suka sangat-sangat..ni antara tempahan dari kawan..bukan la nak beniaga sangat pun..cuma dapat modal dan sedikit upah suka-suka..encik suami kata tak berbaloi dengan kerjanya tapi saya kata saya cuma nak practice je..takkan nak practise atas baju sendiri je.. almaklumla..tak pergi class..belajar sendiri..


tengah mencuba nak buat manik 3D..

 

Friday, July 6, 2012

Bila umur semakin meningkat...

Hari ni MC lagi..hari pertama MC (Khamis) sebab hari Rabu darah tiba-tiba naik..sampai 180/100..saya pun tak tau kenapa boleh jadi macam tu sebab nak kata stress tak la sangat..kerja pun benda yang rutin..maybe sebab pemakanan kot..so nak kena control sikit sekarang ni..malam Khamis tiba-tiba lepas solat saya rasa dibahagian pinggang dan berlarutan sampai hari ni..duduk sakit..baring sakit..jalan pun macam orang lepas pantang..pergi clinic doktor kata most probably salah urat..hopefully bukan benda yang serius..huby kata saya ni jarang sakit..tapi kalau sakit selalu penyakit yang pelik.. dulu pernah dapat penyakit Bell Palsy..after that 3mm lidah saya kena potong sebab ada ketumbuhan..:(

Sunday, July 1, 2012

Doa di hari jadi tahun lepas, tahun ni dan tahun yang mendatang..selagi hayat ada..

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya. Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit. Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan. Dalam usia begini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi. Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela. Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak dan anak-anak muridku yang sangat dahagakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada mereka supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi. Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah.. Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu… Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill. Amin Ya Rabbil-Alamin.

Saturday, April 28, 2012

Kek Pelangi

Kek Pelangi dah siap..tapi malangnya pelangi tu berserabut..ni mesti pasal acuan...biasanya tak payah alas2 pun..tak meleleh tapi kali ni meleleh pulak adunannya..tu la pasal pelangi tak menjadi..agaknya la.. Ni resepinya..

Bahan :
250gm butter
200 gm icing sugar
5 biji telur (saya asingkan putih dan kuningnya)
1 camca kecil esen vanilla
 6 camca besar susu segar
 210 gm tepung naik sendiri (ayak)

 Cara :
 Panaskan ketuhar dulu..
 1. Krimkan mentega dan gula
 2. Masukkan esen.
 3. Masukkan kuning telur
 4. Masukkan putih telur yang tekah dipukul hingga kembang.
 5  Masukkan tepung.
 6. Bahagikan adunan kepada 3 warna.
 7. Masukkan warna yang pertama..lepas tu masukkan warna kedua ditengah2 adunan pertama.pastu  masukkan warna ketiga di tengah2 aduanan kedua..begitu lah seterusnya.
 8. Bakar antara 45 minit ke 50 minit dengan suhu 180'C.



macam mana nak kurus ni...haiyooo....

 

Menjenguk..

baru balik berkursus dan baru melihat blog sendiri..alamak.. cam baru je setting nak post benda2 ni..nak balik KL takut sibuk ngan road block sebab hari ni Bersih..semalam pun dah sibuk infact hotel tempat berkursus pun sibuk suruh check out cepat sebab dia kata dah fully booked by the police..tak tau la betul ke tidak...petang ni
nak buat kek pelangi..teringin nak makan..:)


 teringin je lebih..rajinnya tak tau la ada ke tak..

Wednesday, April 4, 2012

Debaran..

Lama tak menulis kat sini..busy?tak juga..malas mungkin..tak ada cerita nak tulis..
This past few weeks sebenarnya minggu yang agak stress..menunggu keputusan anak dan anak murid sememangnya sesuatu yang mendebarkan.Alhamdulillah semuanya dah selesai dan syukur kerana keputusan anak dan anak-anak murid tidak mengecewakan.Hilang penat menghantar anak kesini kesana (walaupun biasanya hanya duduk ditempat penumpang..hehehe).Debar menunggu anak menunggu keputusan peperiksaan awam dah selesai tapi rasanya selepas ini bertambah lagi la debaran menunggu keputusan semester anak pula(harap-harap sibongsu ni dapat menjejak langkah sikakak ke menara gading..)

:)

Thursday, February 23, 2012

Blueberry Cheese Cake

Cheese cake yang tak perlu dibakar is my favourite cheese cake..tak kira la cheese cake apapun..hari tu singgah di Mesra Mall, Kertih dan terliur tengok strawberry dan blueberry yang dijual kat situ..rasanya harganya pun lebih murah sedikit..so apalagi..beli la..takut rosak disimpan lama saya usahakan jugak la cheese cake ni..

Saya gunakan resepi yang sama dengan oreo cheese cake..cuma base dengan toppingnya je yang lain..

Bahan :

200 gm biskut ( saya guna digestive)
70 gm mentega (cairkan)

250 gm cream cheese - suhu bilik
250 whip cream - suhu bilik
80 gm gula castor
15 gm gelatin (carik yang halal tau..)
60 ml air panas

Hiasan

Blueberry topping
Bluberries
Strawberries

Cara :
1. Kisar biskut dan campurkan dengan mentega cair.
2. Tekan ke dalam acuan kek (springform pan) dan sejukkan 30 minit.
3. Larutkan gelatin dengan air panas dan biarkan sejuk.
4. Putar whip cream hingga kembang (pekat/stiff).Masukkan dalam petisejuk sekejap.
4. Pukul cream cheese dengan pemutar hingga lembut. Tambahkan gula campuran
gelatin, whip cream tadi.
5. Putar hingga sebati (sekejap jer..)
6. Masukkan dalam acuan. Hias dengan bluberry topping. blueberries dan strawberries.
7. Sejukkan ( yang ni saya sejukkan lebih kurang 8 jam)




ada lebih lagi buah-buah berries tu..ingat nak buat fruit tarl pulak..

Friday, February 17, 2012

hobi baru

sekarang baru mula memulakan hobi yang orang lain dah lama buat kot..mungkin nadira dari nadicraft akan gelakkan sebab dah lama dah beli dari dia.. takpe..slowly..

ini la hasilnya...








rasa seronok pulak bila ada yang menempah..hobi dalam perniagaan...hahaha...

Saturday, December 3, 2011

Pra Persediaan Majlis Aqiqah anak SIL..

Semalam dapat phone call tentang Majlis Aqiqah untuk sis in law..as usual saya menawarkan diri untuk mengambil tugas menyiapkan door gift, tempat beradu baby etc..etc..Bukan sebab terer bab tu, tapi sebab malas nak berkait dengan bab masak memasak yang banyak-banyak dan main dengan kawah-kawah dan belanga yang besar-bear ni ..leceh..pastu nanti orang ni kata buat macam ni..orang tu kata buat macam tu..ishh..malas…

So..hari ni siapkan dulu cookies..decided untuk buat Crystall Ball sebab colornya menarik..harap-harap ‘makcik-makcik Marhaban tu suka setelah manisnya dikurangkan sedikit..kalau tak suka pun harap nanti anak or cucu Smiledia orang suka…

Ni resepinya..

300 gm tepung gandum

125 gm tepung jagung

50 gm badam kisar

130 gm gula aising

250 gm minyak sapi ( saya guna separuh minyak sapi, separuh butter)

Secubit garam

Beberapa pewarna ( saya guna biru dan pink)

Gula castor untuk salut luar

Cara :

1. Pukul gula aising dengan minyak sapi dan garam.

2. Masukkan campuran tepung.

3. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Saya bahagikan

kepada 3 bahagian, biru, pink dan tanpa pewarna

4. Setiap warna di bentuk panjang ( lebih kurang sepanjang jari je la..)Kemudian ketiga-tiganya nya

dicantumkan (memanjang). Roll pada tapak tangan supaya membentuk satu doh yang panjang.

Lepas tu baru la cubit sebesar yang dikehendakki dan bulatkan.

5. Golekkan atas gula castor dan bakar..make sure masa nak susun atas dulang pembakar tu,

bahagian yang cantik sekali di sebelah atas.

6. Bakar pada suhu 160 selama 20 minit..atau ikut kesesuaian oven masing-masing..

IMG_5881

yang belum masak…

IMG_5871

yang dah di bakar…


Masih memikirkan nak packkan dalam apa....



Friday, November 25, 2011

Toaster Cover

Hari ni hari yang cukup memberangsangkan..bukan apa..dapat buat 3 perkara yang dikira menyeronokkan la..pertamanya sebab dapat menguji resepi butter kek yang jumpa kat internet..dan hasilnya ternyata tidak menghampakan..dah nak habis dah pun walaupun yang makannya 3 orang je..keduanya sebab dapat menghasilkan oven toaster dalam masa tak sampai 2 jam..tak la cantik sangat tapi sekurang-kurangnya hasil tangan sendiri dan menggunakan lebihan kain dan harta benda yang ada kat rumah..





boleh la kan...setakat nak letak kat dapur sendiri....



Ketiganya pergi merayau-rayau kat kedai kabinet dapur yang tak berapa nak banyak kat bandar kecik ni sebab Mr.Hubby setuju nak tukar kabinet dapur yang baru...seronoknya....


Next project nak buatkan Cik Farah Nur Asyiqin key chain dari felt ( dah lama beli kat Nadicraft)dan berangan jugak nak buat bantal busuk untuk Mr.X yang baru berusia 2 hari....


Gila Butter Cake

Baru minggu pertama cuti sekolah..rasa sedikit bosan sebab tak boleh berjalan..asyik hujan dan Cik Asyiqin pulak tak habis periksa lagi..Hari ni jumpa resepi butter cake di blog Cooking Crave..so..apalagi..masak la….

Ni resepinya…setelah di translate..Smile

(A)
250 gm butter /mentega – lembutkan dahulu
85 gm gula kaster
1 tsp esen vanilla
Secubit garam
4 buji telur (asingkan kuning dan putih)
1 tbsp susu segar
200 gm tepung kek (kalau guna tepung naik sendiri tak payah letak serbuk penaik)
5 gm/ 1 tsp serbuk penaik

(B)
Putih telur
85 gm guka kaster

Kaedah:

  • Panaskan oven (175’). Lenser tin kek(8”).
  • Ayak tepung bersama serbuk penaik
  • Pukul butter,gula,garam dan esen vanilla sehingga kembang dengan pemutar.
  • Masukkan kuning telur (4 biji)sebiji demi sebiji. Pukul sehingga berkrim.Masukkan susu.
  • Kaup balikkan tepung kedalam campuran butter . Campurkan sebati.
  • Dalam mangkuk yang lain (pastikan bersih dan tiada kesan lemak/berminyak)pukul putih telur hingga berkrim dan masukkan gula perlahan-lahan.
  • Masukkan 1/4 ke dalam campuran tepung.Campurkan sebati dan kemudian baru campurkan yang selebihnya.
  • Tuang ke dalam tin kek dan bakar selama 40-45 minit. Test dengan pencucuk untuk menentukan kek dah masak.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

nak kumpul resepi butter cake….


Saturday, November 19, 2011

Butter cake dan Bola..

Butter cake ni saya buat sambil menengok perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia..Bukan apa..saya perlu mengalihkan tumpuan saya kepada benda yang lain sebab saya nak mengurangkan nervous..takut Malaysia tak menang...Mungkin satu sebab yang lain ialah saya menyampah tengok penyokong Indonesia yang terover..Mengejek2 lagu kebangsaan negara lain..menggunakan perkataan 'maling'..bukan kah itu tingkah laku yang seperti orang yang tidak bertamadun.? Bagi saya tingkah laku mereka ini menyebabkan matlamat Kejohanan ini diadakan tidak tercapai..secara peribadi saya mula mempunyai tanggapan yang negetif terhadap rakyat negara itu..(walaupun ramai suku sakat saya datang dari situ, termasuklah bibik yang selalu dibawa oleh in law balik ke rumah mertua yang boleh dianggap ringan tulang..)
Anyway..resepi ni saya ambil dari blog It's My LIfe dengan sedikit adaptasi bahan..:)

Bahan-bahannya:

250g pure butter (saya guna buttercup je sebab itu je yang ada kat dalam fridge..untuk result yang lebih baik guna jenama seperti SCS (pure butter)
250g tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum ? 1.4 camt baking powder)
200g gula kastor(saya kurangkan ke 180g - sebab kawan2 ramai tak suka manis..))
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Cara2:

Panaskan ketuhar 20 atau 30 min sebelum buat kek.

1.Pukul butter dan gula sampai kembang,gebu n jadi warna putih(low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
2. Tambah telur sebiji demi sebiji di selang seli dgn tepung sampai habis.
3. Masukkan susu segar.pukul lagi sampai sebati.
4. Masukkan dalam loyang...bakar suhu 180 selama 40 minit. dan


walla........





Gambar kek di potong tak ambik sebab excited bola menang..
Double seronok sebab kek jadi and bola pun menang...



Friday, November 11, 2011

Malas vs tak pandai....

Lama betul tak menjenguk ke sini..malas..nothing intresting to write..isu dalam pendidikan banyak yang boleh dibincangkan @ ditulis tapi again, malas nak taip...teringat hari tu Ketua Sidang Ridaksi suruh tulis artikel untuk di masukkan ke dalam majalah..jawap saya ; banyak yang saya ingin ceritakan tapi saya tak reti nak mengarang, tak tahu nak mulakan macam mana..dia kata tulis je, nanti dia edit...hahaha..sampai sekarang satu benda pun tak ada..sian cikgu bahasa yang mengajar masa di sekolah dulu..tak lepas kemana BM dan English yang sorang ni..Hmmm...mungkin satu hari nanti saya kan cuba juga untuk menyumbang artikel..


Rasanya anak-anak sendiri lebih pandai mengarang sebab seronok jugak bila baca hasil tulisan mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...