Pages

Thursday, July 1, 2010

Blow the candles..

(Kek yang telah dicederakan oleh Farah)

Buat kesekian kalinya hari lahir datang lagi..terima kasih atas doa dari keluarga dan kawan-kawan..tiada apa yang diharapkan selain dari perhatian dan kasih sayang dari mereka..bercakap tentang kasih sayang mungkin anak-anak zaman sekarang kebanyakkannya tidak suka meluahkannya kasih sayang mereka kepada ibu bapa (walaupun pada hakikatnya mereka sayang..)Buangkan rasa malu dan segan kerana tiada ucapan yang paling indah bagi ibu bapa selain dari ucapan kasih dan sayang dari seorang anak..



Rindu pada arwah mak..

Wednesday, June 16, 2010

Al Fatihah buat sahabat...

Terkedu apabila mendapat panggilan telefon tentang kematian suami sahabat petang tadi..Walaupun tidak kenal rapat tetapi sering melihatnya mengambil isteri pulang dari sekolah..seakan tidak percaya tetapi itu kehidupan..sampai masanya tiada siapa yang dapat menolak..Terbayang bayang dimata 2 anak kecil yang dengarnya sangat manja dengan bapa yang kini sudah tiada..Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya...


Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di ujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkawinanmu dengan maut..
antaran..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan sesak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimat suci..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Menjadi saksi batu nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menabur bunga..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka


Erwin Arianto,SE


Monday, May 10, 2010

Time To Let Her Fly..


Satu hakikat yang perlu diterima oleh seorang ibu ialah satu hari dia perlu melepaskan anak-anaknya untuk berdiri diatas kaki sendiri..Kitaran dalam kehidupan..Bunyinya macam mudah tetapi personally for me ia memerlukan satu kekuatan..Berhari hari cuba cuba memujuk diri sendiri untuk menerima situasi ini tetapi semakin difikirkan semakin sayu rasa hati..walaupun perginya tak jauh tetapi yang pastinya anak itu tidak lagi berada di depan mata apatah lagi selama ini memang tidak pernah berenggang..
Melihat biliknya..barang kepunyaanya..kerusi favourite untuk menonton tv..hati jadi makin sayu..

semoga sayapnya kuat untuk terbang jauh demi mencapai cita cita dan semoga di lindungi oleh Allah SWT..

sebesar mana anak..dihati ibu dia sentiasa kecil..

Saturday, March 6, 2010

Memori..



Dalam kesibukan bekerja semalam tiba-tiba ada seseorang mencari..ingatkan ada parents yang ingin berjumpa tapi rupa-rupanya seseorang dari masa silam..teman sekampung dan rakan sepermainan yang juga mempunyai ikatan kekeluargaan..walau lama tak berjumpa..masih kenal walaupun pada pandangan pertama..padan la dua tiga hari ni asyik tercari cari gambar favourite semasa kecil..bersama arwah Along..Kak Ani dan Duan di pagi raya..masih tak berjumpa gambar tu walaupun puas menyelongkar..
Mengimbau kembali zaman kanak-kanak di kampung memang menyeronokkan..bermain kondang kundi..batu simbang..police and thief (tapi pronounce as police and tif)..baling gelung getah atas tin dengan selipar..sorok-sorok..not to forget galah panjang..hmm..semua tu dah tak jumpa dah sekarang..even kalau cerita tu pada anak-anak mereka akan ketawakan dan mugkin reponse mereka ialah..u make me laugh...
Tanpa disedari mungkin itu semua la yang mengikat hubungan walaupun berpuluh tahun lama tak berjumpa.


yang pernah jatuh dalam tali air masa belajar naik basikal..

Saturday, February 13, 2010

Right time to drink..




I dont quite like drinking plain water..maybe thats why a friend of mine forwarded me this article about the right time to drink...hmmm...

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs
One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion
One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure
One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

trying to change bad habits...

Sunday, January 31, 2010

Updating..

Wa..lamanya tak jengok blog sendiri..no problem..namanya pun blog suka suka..maybe sebab sekolah baru buka dan banyak kerja yang perlu dibereskan..now dah ok sikit..tinggal nak updatekan je..hopefully semua akan berjalan lancar tahun ni..to my daughter..congratulation sebab berjaya mendapat keputusan yang cemerlang for her pmr..dah buat kenduri kesyukuran..kecil kecilan tapi harap cukup untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah SWT..kepada semua guru-guru yang berhempas pulas mendidik..terima kasih yang tidak terhingga...

terima kasih kepada kumpulan bacaan yasin...
minum petang..
token untuk guests..

berdebar tunggu result spm pulak..

Wednesday, January 6, 2010

A Bend In The Road

When we feel we have nothing left to give
and we are sure that the song has ended,
When our day seems over and the shadows fall
and the darkness of night has descended,
Where can we go to find the strength
to valiantly keep on trying?
Where can we find the hand that will dry
the tears that the heart is crying?
There’s but one place to go and that is to God,
and dropping all pretense and pride,
We can pour out our problems without restraint
and gain strength with Him at our side.
And together we stand at life’s crossroads
and view what we think is the end,
But God has a much bigger vision,
and He tells us it’s only a bend,
For the road goes on and is smoother,
and the pause in the song is a rest,
And the part that’s unsung and unfinished
is the sweetest and richest and best.
So rest and relax and grow stronger –
let go and let God share your load.
Your work is not finished or ended –
you’ve just come to a bend in the road.

Helen Steiner Rice


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...