Pages

Saturday, March 5, 2011

Menambahkan space hard disk..

Dah lama sebenarnya bosan dengan files yang berindih-tindih di hard disk..tangguh punya tangguh akhirnya sampai hard disk hampir penuh..jadi kena jugaklah meluangkan masa untuk mendeletakan files yang bertindih ni..untuk sesiapa yang nak mengurangkan kesesakan di hard disk tu boleh la guna software ni..

Auslogics Duplicate File Finder
http://www.auslogics.com/en/software/duplicate-file-finder/

banyak lagi software yang boleh guna sebenarnya....

Monday, February 28, 2011

File dalam pen drive jadi shortcut

Tak serik-serik masukkan pendrive dalam komputer sekolah akhirnya banyak pendrive yang failnya hanya tinggal shortcut sahaja..nak formatkan semula, sayang pulak dengan maklumat yang ada dalamnya..dah cuba tengok kalau2 files tu hidden files..tak berjaya jugak..

Akhirnya berjaya menyelesaikan masaalah selepas bertanya dengan kawan yang world macam mana nak buat dan ternyata dia memang world …..walaupun sebenarnya diri sendiri yang malas mencari maklumat…jadi caranya:

1. Klik kat start..pastu run…taip cmd dan klik enter..

2. Katalah pendrive tu G..masukkan arahan ni..

attrib -h -r -s /s /d g:\*.* ( copy je ni dan paste…)

Kalau pendrive tu bukan G tukar huruf g tu ikut pendrive.

3. Tekan enter dan check pendrive..

4. Deletekan semua shortcut tu. Kalau nak scan virus semula ke..nak formatkan pendrive tu ke…pindahkan la file2 tu dulu ke dalam komputer…

Good luck….


Friday, January 14, 2011

Ragam Manusia

Berbloging bagi saya hanyalah untuk mencuba dan belajar sesuatu yang baru..untuk itu juga saya telah memulakan usaha untuk membuka ini dan juga blog sekolah..Rupanya banyak juga cabaran yang harus ditempuhi…mencari dan mendapatkan bahan…mengemanskinikan blog..semua tu sebenarnya mengambil masa juga..apatah lagi kerja sekolah pun semakin lama semakin banya ditambah lagi dengan tugas-tugas yang lain..tetapi apa yang saya yang pelajari ialah kita perlu  berhati-hati untuk menulis sesuatu di blog yang rasmi contohnya blog sekolah…Maklumat yang ditulis hendaklah tepat kerana ia menjadi rujukan pelajar dan orang awam…walaupun pada asalnyanya blog ini hanyalah untuk suka-suka sahaja..Maklumat yang tidak lengkap akan menyebabkan ada orang yang sedih dan marah..hmm..manusia..bermacam ragamnya..





Cuba untuk berprasangka baik..

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru

Tahun 2011…hmm…cepatnya masa berlalu…malas nak memasang-masang azam sebab tak pernah yang tercapai sepenuhnya…harapan hanyalah untuk menjadi lebih baik (sikit pun tak apa…)dalam melaksanakan kerja-kerja seharian…semoga segala suka duka yang dilalui di tahun 2010 akan menjadikan kita lebih matang…semoga dunia ini akan jadi lebih aman…semoga tak ramai orang yang stress…semoga kita lebih bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT dan semoga kita lebih dekat dengannya…apapun yang terbaik untuk semua…

Happy New Year 2011_32593

akan bersikap positif…



Monday, December 13, 2010

Terlebih Mesra atau...

Bosan duduk di rumah kami putuskan untuk berjalan ke Melaka..dah lama juga tak pergi bercuti ke sana..banyak juga la perubahan terutamanya sekitar Mahkota Parade tu..anak yang dah beberapa kali sangat melawat bangunan-bangunan bersejarah tu lebih teruja bila duduk dalam shopping complex tu..Masa nak menaiki river cruise sempat tengok drama sebabak..ceritanya..ada sorang mamat ni..staf river cruise tu jugak..kehulu kehilir dengan cameranya..mulanya dia nak ambil foto budak perempuan mat saleh ni..budak perempuan tu dah menunjukkan reaksi tak sukanya tapi si mamat ni keep on following her..budak pempuan tu pun lari duduk kat seat tepi sungai tu..mamat ni follow lagi..pastu ambik gambar dekat pulak..then datang la dua budak lelaki mat saleh..maybe her her boyfriend or adik beradik dia..si mamat ni still tak faham-faham bahasa bila budak lelaki tu pun menunjukkan muka tak sukanya..tiba2 nampak budak mat saleh tu hayun begnya ke mamat tu..hmm..personally saya rasa mamat staf tu memang tak reti nak menghormati privacy orang lain..kalau ya pun nak tangkap gambar budak tu kenapa tak minta politely..tak semua orang suka gambarnya diambil oleh orang yang tak dikenali.. Husband cakap budak lelaki mat saleh tu pulak kira berani sebab melawan kat tempat orang..Saya kata dia mungkin nak mempertahankan haknya untuk tidak diganggu oleh orang lain..



.
















mesra biar bertempat dan kena gayanya..


Monday, November 29, 2010

Penat duduk dalam kereta

Best nya dapat berehat kat rumah minggu ni..tak macam minggu lepas..penat rasanya duduk dalam kereta..ke pilah..balik kampung..ke pilah sekali lagi..hmm..dah jalan tak best dan asyik hujan je..stresses si driver..tapi dalam tak best tu ada yang menyeronokkan..at last hubby setuju belikan a new dslr yang di idamkan..bukan la pandai sebenarnya tapi selalu teruja tengok gambar-gambar yang cantik kat blog blog fotografi (kalau la pandai macam dia orang tu...)..so sekarang kemaruk duk baca artikel berkaitan dengan fotografi..susah jugak nak faham dengan all the terms..takpe..takpe..slowly..nanti mesti pandai jugak..betul jugak la apa yang dibaca dalam salah satu blog..dunia ini sangat indah...





pokok beri belakang rumah...mungkin kalau buah lebih masak lebih menarik warnanya...


terus berusaha...

Wednesday, November 24, 2010

Cuti Sekolah datang lagi...

Hmm..cuti tahun akhirnya..seronok ke..boring ke..tengok je la nanti..2,3 bulan lepas memang bulan yang sangat memenatkan..kerja sekolah..meeting sini sana..sis in law punya wedding(diberikan tanggungjawab untuk interior rumah in law..hantaran dan meja pangantin..)..akhirnya selesai juga. Cuti ni bertekad untuk menyiapkan semua bahan P&P untuk tahun hadapan dan buat apa yang suka that is menjahit manik dan mencuba resepi..INsyaAllah..yang kelakarnya ada orang nak menempah manik pada baju walaupun sebenarnya bukan pandai sangat..belajar sendiri or tengok tutorial kat blog orang je..Petang ni nak try Carrot Cake from blog 1001resepi..let see jadi ke tak..:))


and tarra....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...