Best nya dapat berehat kat rumah minggu ni..tak macam minggu lepas..penat rasanya duduk dalam kereta..ke pilah..balik kampung..ke pilah sekali lagi..hmm..dah jalan tak best dan asyik hujan je..stresses si driver..tapi dalam tak best tu ada yang menyeronokkan..at last hubby setuju belikan a new dslr yang di idamkan..bukan la pandai sebenarnya tapi selalu teruja tengok gambar-gambar yang cantik kat blog blog fotografi (kalau la pandai macam dia orang tu...)..so sekarang kemaruk duk baca artikel berkaitan dengan fotografi..susah jugak nak faham dengan all the terms..takpe..takpe..slowly..nanti mesti pandai jugak..betul jugak la apa yang dibaca dalam salah satu blog..dunia ini sangat indah...pokok beri belakang rumah...mungkin kalau buah lebih masak lebih menarik warnanya...
terus berusaha...
Monday, November 29, 2010
Penat duduk dalam kereta
DIKARANG ATAU DICOPY PASTE OLEH Maziah at 7:09 PM 0 comments
Wednesday, November 24, 2010
Cuti Sekolah datang lagi...
Hmm..cuti tahun akhirnya..seronok ke..boring ke..tengok je la nanti..2,3 bulan lepas memang bulan yang sangat memenatkan..kerja sekolah..meeting sini sana..sis in law punya wedding(diberikan tanggungjawab untuk interior rumah in law..hantaran dan meja pangantin..)..akhirnya selesai juga. Cuti ni bertekad untuk menyiapkan semua bahan P&P untuk tahun hadapan dan buat apa yang suka that is menjahit manik dan mencuba resepi..INsyaAllah..yang kelakarnya ada orang nak menempah manik pada baju walaupun sebenarnya bukan pandai sangat..belajar sendiri or tengok tutorial kat blog orang je..Petang ni nak try Carrot Cake from blog 1001resepi..let see jadi ke tak..:))
and tarra....
DIKARANG ATAU DICOPY PASTE OLEH Maziah at 12:45 PM 0 comments
Wednesday, August 18, 2010
Sibuk ke...
dah lama tak menjenguk kesini..nak kata sibuk..tak la sibuk sangat..nak kata tak sibuk..banyak jugak yang perlu dibereskan..mungkin sebab puasa..malas nak duduk kat depan komputer..surah yang perlu diselesaikan untuk tadarus Al-Quran pun tak mula lagi sebab nak habiskan yang sendiri punya...mungkin cuti hujung minggu ni nak selesaikan hutang tu..khamis dan jumaat pula ada majlis persaraan pengetua jadi adalah sikit kerja yang perlu dibuat..bila ingatkan tentang persaraan terfikir pulak tentang diri sendiri..apa yang akan dirasa bila masanya tiba nanti..sedih ke..suka ke..hmmm.
que sera sera...
DIKARANG ATAU DICOPY PASTE OLEH Maziah at 9:36 PM 0 comments
Tuesday, August 10, 2010
Ramadhan datang lagi..

Esok bermulalah bulan Ramadhan..bulan yang penuh kelebihan dan keberkatan.Syukur alhamdulillah kerana dipanjangkan umur untuk menjalani ibadah puasa..harap-harap diberi juga kesihatan supaya dapat berterawih..Bukan apa..bila dah tua ni macam-macam penyakit..sakit kaki la..sakit badan la..sakit dada la..bukan mencari alasan tapi itu la yang menjadi masalah..anyway..selamat berpuasa kepada semua umat islam diseluruh dunia...
sakit hati dengar bunyi meriam buluh ni..puasa tak lagi tapi dah berdentam dentum..yang main tu entah puasa entah tidak...hmmmm...
DIKARANG ATAU DICOPY PASTE OLEH Maziah at 11:25 PM 0 comments
Friday, August 6, 2010
Hujung datang minggu lagi
Hujung minggu datang lagi…tapi minggu yang telah dilalui ni bukan la minggu yang seperti diharapkan..tapi tak kisahlah..dah lebih 20 tahun bekerja..semua tu dah jadi asam garam bekerja.. cuma mungkin bila usia dah meningkat kita jadi lebih sensitif..maybe thats the problem..sensitif..salah cakap.. sedih…kena tegur sikit sedih..orang cakap kasar sikit..sedih..orang buat tak peduli..sedih..tak boleh begini kan…kena lawan semua tu..anyway..hujung ni nak buat baju raya untuk anak-anak..hopefully tak jadi angan-angan..
masih sedang merasionalkan perasaan…
DIKARANG ATAU DICOPY PASTE OLEH Maziah at 6:31 PM 0 comments
Saturday, July 31, 2010
Bosan
Hari yang membosankan..sepatutnya pergi shopping barang Farah yang akan balik ke kolej esok tapi since dia demam dan macam tak larat je terpaksa postponed ke esok before balik. Hari pun asyik hujan..at last buka mesin jahit and berjaya jahit seluar tidur untuk Farah guna fabrik flanel….hmm..teringat arwah mak selalu buat baju tidur kami adik beradik guna fabrik tu masa kecil-kecil dulu..lepas tu berjaya menyiapkan beading untuk baju kurung..walaupun tak lah secantik mana tetapi tetap puas hati sebab buat sendiri…
banyak projek lagi ni..
DIKARANG ATAU DICOPY PASTE OLEH Maziah at 6:37 PM 0 comments
Tuesday, July 27, 2010
Mencuba Window Live Writer…
Rasa seronok hari ni sebab En.Hajiri telah sudi membantu mengendalikan blog sekolah..mungkin lebih mudah sebab dia pun berada sepanjang masa di makmal komputer..tambahan lagi ilmu nya lebih banyak dari ilmu yang saya ada..since hari ni tak banyak masa mengajar kami berpeluang untuk membincangkan tentang apa yang perlu di perbaiki.i'am really looking forward for it. Hari ni juga Encik Hajiri telah mengajar saya menggunakan Window Live Writer..intresting tapi sayangnya bila nak add account sekolah asyik kata tak boleh..nasib baik boleh link pada blog personal saya ni..taklah double sakit hati nya...
masih terus mencari sebab kenapa tak boleh addkan blog sekolah ke WLW ni..
DIKARANG ATAU DICOPY PASTE OLEH Maziah at 6:15 PM 0 comments
