Pages

Tuesday, August 25, 2009

Pasar Ramadhan...

Hari dah masuk hari ke-4 berpuasa tapi sekali pun tak pernah masak untuk berbuka lagi nih..untuk sahur tu masak jugaklah..bukan apa..rasa tak berbaloi pulak nak masak..makan nya sikit tapi nak masak tu satu punya hal...kurang2nya 2 jam kena duk kat dapur..tapi kadang2 geram jugak bila beli kat pasar ramadhan ni..sedapnya tak tentu lagi tapi mahalnya mak aii....semalam beli sambal tumis udang kat gerai orang muda...siap kira lagi udang yang di bungkus tu..buat macam mana...tapi lepas tu beli kat gerai makcik tu dia dengan selambanya bungkus rendang daging...takder pun sibuk2 nak kira daging tu..cakap kat dalam hati..orang muda mungkin lain sikit ..nak beraya sakan kot bila dah dapat untung...Hari ni nak pegi satu lagi pasar ramadhan..nak cari masak lemak daging salai...Mmmm.......

sambung balik...

after 2 hours..jalan2 kat pasar ramadhan ni..(plus the journey)...


masa ni orang tak ramai lagi..

ni la hasil nya...


masak lemak daging salai tu..dan tambah satu lagi..masak lemak ikan salai...


nak masak banyak jenis macam ni?minta ampun la...

yang kadang2 rajin..kadang2 malas...

Monday, August 24, 2009

Something i've learned..

Hari ni belajar buat signature untuk post..best jugak..at least ada something yg dipelajari sambil merayau-rayau kat sini...THanx to ceeramoon..http://c33ram00n.blogspot.com

Friday, August 21, 2009

Ramadhan tiba lagi....

Esok bermula lah bulan Ramadhan..bulan yang penuh dengan kerahmatan..As always bila tibe je bulan puasa orang yang paling diingati ialah arwah mak..(actually tiap-tiap hari ingat tapi ntah kenapa sayu nya lebih di bulan Ramadhan...)Layanan mak di bulan puasa melebihi hari-hari biasa...dalam kepayahan dan kepenatan sedaya upaya dia akan memenuhi setiap permintaan..Air dua tiga jenis..bubur ikut kegemaran setiap anak..lauk pauk penuh semeja..itulah mak...Semoga rohnya diletakkan di sisi orang-orang yang soleh dan dirahmati...
Here is an arikel tentang kelebihan berpuasa terhadap tubuh badan manusia...

Manfaat puasa


Makanan adalah sumber tenaga untuk membolehkan tubuh menjalankan fungsi-fungsi fisiologinya. Tanpa kita sedari setiap aktiviti dalam tubuh kita perlukan tenaga.
Jantung yang berdenyut tanpa henti, usus yang bergerak untuk menghadamkan makanan, pernafasan, berfikir, berjalan dan sebagainya semuanya memerlukan tenaga. Sumbernya adalah makanan.
Sekiranya tiada makanan yang dibekalkan, badan akan menggunakan simpanan tenaga dalam badan kita, bermula dari karbohidrat, lemak dan kemudian protein.
Semasa puasa, badan akan menggunakan sumber tenaga dari dalam badan kita sendiri melalui proses yang dinamakan autolisis yang memecahkan simpanan karbohidrat dan lemak dalam badan untuk menjadi sumber tenaga.
Proses ini berlaku dalam hati di mana lemak akan ditukar kepada satu bahan kimia yang dinamakan keton tubuh, yang kemudiannya disebarkan ke seluruh badan melalui aliran darah.
Lebih lama badan tidak mendapat makanan, lebih banyak proses ini berlaku dan lebih banyak keton yang dihasilkan.

Beberapa manfaat puasa:


Detoksifikasi

Proses detoksifikasi adalah proses normal dalam badan untuk membuang, menyingkirkan atau meneutralkan bahan-bahan toksik melalui usus besar, hati, buah pinggang, paru-paru, saluran limpa dan juga kulit.
Proses ini dipercepatkan semasa puasa kerana tiada makanan yang masuk dalam badan dan badan beralih kepada sumber tenaga daripada simpanan lemak badan.
Lemak dalam badan manusia dapat menyumbangkan sebanyak 9,000 kalori setiap kilogram. Untuk badan berfungsi secara normal, kita memerlukan sebanyak 2,000 kalori sehingga 2,800 kalori bergantung pada tahap aktiviti.

Bermakna setiap kilogram lemak berupaya menyumbang tenaga cukup untuk 3 hingga 4 hari. Perlu difahamkan, simpanan tenaga dalam bentuk lemak ini berlaku bila terdapat lebihan dalam makanan yang kita ambil setiap hari.
Bayangkan kalau dalam setahun, selama 11 bulan, berapa kilogram lemak yang telah disimpan oleh tubuh kita?
Bila lemak badan digunakan sebagai sumber tenaga, proses autolisis menyebabkan berlakunya pelepasan bahan kimia toksik yang turut tersimpan ke dalam saluran darah dan seterusnya disingkirkan melalui kaedah yang disebut di atas.
Ada bahan kimia toksik yang turut tersimpan bersama lemak, yang didapati melalui udara yang disedut, juga akan tersingkir dalam proses autolisis ini. Contohnya DDT, yang dinyahkan melalui air kencing, peluh dan najis.

Proses penyembuhan

Semasa berpuasa, penggunaan tenaga dalam badan dialihkan dari saluran pemakanan, usus untuk mencerna makanan (disebabkan kurang penggunaannya) kepada sistem yang lebih penting seperti sistem imun dan metabolisme.
Bila kita sedang sakit, perkara yang biasa berlaku ialah kita tidak ada selera makan. Ini adalah satu refleks fisiologi, kerana badan tidak mahu membuang banyak tenaga di usus, bahkan mahu tumpukan pada proses penyembuhan melalui metabolisme dan meningkatkan kemampuan sistem imuniti badan kita.
Dalam berpuasa, perkara ini berlaku secara terancang. Proses sintesis protein dapat berlaku dengan lebih efisien jadi kurangnya berlaku kesilapan dalam sintesis DNA dan genetik.
Puasa membolehkan sistem pemakanan berehat dan membolehkan tenaga digunakan untuk memperbaiki sistem tubuh lain terutama sistem imun.
Tambahan pula semasa puasa, berlaku penurunan suhu teras badan kita disebabkan metabolisme badan yang rendah dan tahap aktiviti yang menurun. Hormon tumbesaran juga dibebaskan semasa puasa dan ini membantu proses penyembuhan lebih efektif.

Proses rejuvenasi/mempermuda

Proses metabolisme yang rendah, penghasilan protein yang lebih efektif, sistem imun yang lebih berkesan dan pertambahan penghasilan hormon dalam badan semasa berpuasa menyebabkan proses rejuvenasi ini seterusnya menyebabkan jangka hayat yang lebih baik.
Selain dari produksi hormon tumbesaran yang lebih banyak, hormon antipenuaan (hormon remaja) juga bertambah penghasilannya semasa puasa.

Meningkatkan ketajaman mental

Bila badan kita bebas daripada bahan-bahan toksik yang mengalir dalam aliran darah, kemampuan berfikir akan menjadi lebih tinggi. Apabila kita makan, banyak sumber tenaga dalam darah dan saraf dihantar ke usus untuk proses penghadaman.
Sekiranya tenaga ini tidak diperlukan di usus, ia akan dihantar ke otak untuk proses berfikir. Perkara ini tidak berlaku dalam hari pertama sehingga tiga hari puasa.
Pada awalnya kita akan berasa pening, sugul dan sakit badan. Ini ialah kerana tiga hari pertama tenaga masih digunakan untuk menyahkan toksin yang ada selain dari membersihkan sisa-sisa kotoran dalam saluran makanan.
Selepas dari fasa ini, darah yang mengalir ke otak lebih bersih dari toksik dan menjadikan kemampuan berfikir lebih tinggi. Kita menjadi lebih cergas dan bersikap terbuka, emosi yang lebih stabil dan tajam fikiran.
Faktor lain yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah semasa berpuasa kita kurang bergantung kepada makanan secara emosinya, kurang terdedah pada makanan atau bahan yang merangsang seperti kafein, gula dan rokok.

Kesan ini selalunya dirasai dalam minggu ketiga puasa, selepas 20 Ramadan.

Monday, August 17, 2009

H1N1


Hari ni terpaksa cuti sebab tiba-tiba si Farah ni demam selsema lepas balik dari her tuition class..the problem is ada yang kena kuarantin still datang for the class and risau jugak takut jadi lebih teruk..before this tak berapa kisah sangat nak tau the facts about H1N1 tapi since dah takut ni,baca jugak la about the penyakit...

Fakta Tentang Virus Selsema Babi

APA ITU SELSEMA BABI?


Selsema babi adalah penyakit pernafasan babi yang disebabkan oleh virus Influenza jenis ‘A’. Kebiasaannya virus selsema ini tidak menjangkiti manusia. Walau bagaimanapun jangkitan pada manusia boleh berlaku, dan kes-kes jangkitan dari manusia kepada manusia pernah dikesan pada masa lampau. Akan tetapi jangkitan tersebut adalah terhad dan tidak menjangkiti lebih dari tiga orang.

Pada bulan March 2009,terdapat laporan mengenai peningkatan kes-kesjangkitan yang baru, virus ’strain’ Influenza A (H1N1) pada manusia di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Kejadian jangkitan virus ini merebak dari haiwan kepada manusia dan dari manusia kepada manusia.Keadaan ini amat membimbangkan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa, tambahandengan adanya potensi untuk penyakit ini menjadi wabak keseluruh dunia.Kejadian penyebaran virus yang merebak dari manusia kepada manusia masih lagi menjadi tanda tanya.

BERAPAKAH JENIS VIRUS SELSEMA BABI?

Terdapat 4 virus Influenza jenis ‘A’ yang utama, yang di kenal pasti di dalam badan babi.Virus-virus tersebut adalah H1N1, H1N2, H3N1, H3N2.Bagaimanapun kebanyakan kejadian jangkitan penyakit influenza virus terbaru dari babi adalah dari jenis H1N1.

ADAKAH VIRUS SELSEMA BABI INI BERJANGKIT?

Ia telah terbukti bahawa virus Influenza A (H1N1) ialah penyakit yang boleh merebak dan ia telah merebak dari manusia kepada manusia.Buat masa kini masih tidak diketahui bagaimana mudah nya virus ini merebak dikalangan manusia.

APAKAH TANDA-TANDA SELSEMA BABI?

Tanda-tanda selsema babi pada manusia umumnya sama seperti selsema biasa termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit sendi, sakit kepala, kesejukan and keletihan.Ada juga laporan adanya tanda-tanda cirit- birit and muntah-muntah dikaitkan dengan selsema babi.Pada masa yang lalu penyakit yang tenat/ teruk (contohnya jangkitan paru-paru dan kegagalan penafasan) serta kematian telah dilaporkan berkaitan dengan penyakit selsema babi di kalanganmanusia. Seperti jangkitan selsema bermusim, selsema babi boleh memburukan lagi keadaan penyakit kronik.

BAGAIMANA SELSEMA BABI MEREBAK

Cara virus Influenza A (H1N1) merebak adalah sepertimana merebaknya wabak selsema bermusim.Virus selsema berjangkit dari seseorang kepada seseorang yang lain adalah melalui batuk atau bersin dari orang yang dijangkiti. Adakalanya seseorang boleh dijangkiti melalui sentuhan kepada sesuatu benda yang mempunyai virus selsema, dan kemudiannya menyentuh mulut atau hidung mereka.

BAGAIMANA SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS SELSEMA BABI BOLEH MENYEBARKAN KEPADA ORANG LAIN?
Orang yang dijangkiti virus berkebolehan untuk menyebarkan virus tersebut kepada orang lain seawal dari hari pertama sebelum tanda-tanda penyakit bermula, sehinggalah hari ke 7 ataupun lebih setelah pulih.Ini bermakna seseorang masih boleh menyebarkan penyakit tersebut kepada orang lain samaada sebelum mengetahui dijangkiti ataupun selepas pulih dari penyakit tersebut.

APA PATUT DILAKUKAN UNTUK MENGHINDARI DARI DIJANGKITI SELSEMA?
Pertama dan yang paling penting adalah basuh tangan anda malkan cara hidup yang sihat.Dapatkan tidur yangsecukup nya aktif, kendalikan stres secara berhemat, meminum air yang banyak dan mencukupi, dan makam makanan yang berkhasiat. Cuba tidak menyentuhi permukaan-permukaan yang mungkin dicemari oleh virus selsema.Elakkan dari berhubung rapat dengan orang-orang yang sakit.

ADAKAH TERDAPAT UBAT-UBATAN UNTUK MERAWAT SELSEMA BABI?
Ya.Ubat yang disyorkan adalah oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau menghalang dari mendapat jangkitan virus selsema babi ini.Ubat anti-viral ini boleh didapati di dalam bentuk pil, cecair atau “inhaler”, boleh melawan jangkitan selsema dengan menghalang virus daripada membiak di dalam badan.Jika anda telah pun dijangkiti virus tersebut, ubat anti-viral ini boleh mengurangkan simtom-simtom yang anda hadapi dan membolehkan diri anda pulih dengan lebih cepat.Ia juga boleh menghalang daripada mendapat komplikasi selsema yang lebih teruk.Untuk perawatan, ubatan anti-viral ini lebih berkesan jika diambil pada peringkat awal ataupun dalam tempoh dua hari simptom bermula.

BERAPA LAMAKAH SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS BOLEH MENYEBARKAN VIRUS SELSEMA KEPADA ORANG LAIN?
Seseorang yang dijangkiti virus selsema babi sepatutnya dianggap berkeupayaan untuk menyebarkan penyakit tersebut selagi mereka mempunyai tanda-tanda penyakit selsema sehinggalah 7 hari dari hari pertama penyakit bermula. Untuk golongan yang lebih muda terutama kanak-kanak, mereka berkeupayaan untuk menyebarkan virus bagi jangka masa yang lebih lama.

APAKAH PERMUKAAN-PERMUKAAN YANG BOLEH MENJADI PUNCA-PUNCA PENCEMARAN?
Virus boleh disebarkan apabila seseorang itu menyentuh sesuatu yang dicemari oleh virus, dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut mereka.Titisan cecair dari batuk ataupun bersin dari seseorang yang dijangkiti oleh virus akan tersebar melalui udara.Virus ini boleh juga disebarkan apabila seseorang menyentuh titisan tersebut yang jatuh di permukaan seperti meja dan sebagainya, dan kemudiannya menyentuh mata, mulut dan hidung sendiri sebelum membasuh tangan.

BERAPA LAMAKAH VIRUS TERSEBUT BOLEH HIDUP DILUAR BADAN MANUSIA?
Adalah diketahui bahawa sesetengah virus dan bakteria boleh hidup dua jam atau lebih di atas permukaan seperti meja makan, tombol pintu, meja tulis and sebagainya.Oleh itu, basuhan tangan yang kerap boleh mengurangkan risiko daripada mendapat jangkitan dari sentuhan permukaan tersebut.

APA BOLEH SAYA BUAT UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI DIJANGKITI?
Buat masa sekarang, tidak ada vaksin yang sesuai untuk melindungi dari jangkitan selsema babi.Penjagaan rutin harian sepertimana diamalkan untuk mengelak penyebaran virus yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan seperti influenza dapat membantu menghalang penularan virus selsema babi.

Saturday, August 15, 2009

Beading Project

Hari ni tak nak buat keje sekolah...nak relax and buat keje personal sebab rasa nya minggu ni dah penat and tension dgn keje sekolah...so sambil2 monitor anak buat revision for her pmr trial i decided to finish up my projek beading yang dah tertangguh...just to show off my work...:-)


Wednesday, August 12, 2009

Can i make a difference...

Hari ni akan membentangkan tajuk Budaya Kerja Beretika bagi guru..masa menyediakan slides untuk presentation tu rasa terlalu kecil untuk bercakap tentang etika..banyak perkara yang tidak patut dilakukan menjadi satu kebiasaan di dalam kelas..anyway..a friend of mine gave me this video..really touches my heart..right now i'am wondering what kind of teacher i am...hhhmmm....

Sunday, August 2, 2009

dah xder keje la ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...