Pages

Thursday, June 30, 2011

Buat diri ku sendiri di hari lahir...

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak dan anak-anak muridku yang sangat dahagakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada mereka supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.


Rindu kat arwah mak...

Sunday, June 26, 2011

Pie Tee

Tengah mengemas rumah ternampak acuan pie tee..dah lama benar rasanya acuan tu dibeli cuma tak teringin nak membuatnya...mungkin sebab nak buatnya leceh..silap-silap tak menjadi sebab acuan tak berapa nak elok..lagipun kalau bater tak betul konsistensinya...habis la...alamat masuk tong sampah..
Anyway..since Cik Farah ada kat rumah dan bagus jugak ajar dia buat benda-benda ni ..maka terhasil jugak la pie tee ni..








Hmm..resepinya ..

Untuk kelongsong (boleh dapat lebih kurang 30):

20 gm tepung gandum
60 gm tepung beras
1 biji telur
180 - 200 ml air..(saya guna 180 ml)
Sedikit garam

Cara menyediakan kelongsong :

1. Ayak tepung beras dengan tepung gandum, masukkan garam.
2. Buat lubang di tengah dan masukkan telur.
3. Masukkan air dan kacau hingga licin. Rehatkan sebentar.
4. Panaskan minyak. Celupkan acuan dalam minyak panas dan celupkan ke dalam bater
(jangan tenggelamkan acuan). Goncang acuan perlahan2..supaya kelongsong keluar
dengan sendiri..kalau tak boleh keluar angkat dan kuis perlahan dengan garfu.
5. Setelah kuning angkat dan toskan minyak

* perlukan kesabaran..since saya guna acuan baru.. 3 kali try baru ok..
* Kelongsong boleh disediakan lebih awal dan simpan dalam bekas kedap udara. Kalau
lemau..masukkan dalam oven..nanti akan rangup semula..

Inti :

1/4 batang timun
1/4 batang lobak merah
1/4 biji sengkuang
1/2 cawan taugeh 1/2 biji cili merah dan hijau
1/2 keping tauhu (goreng dan potong dadu)
30 gm udang basah
3 ulas bawang merah - tumbuk
1 1/2 ulas bawang putih - tumbuk
Sedikit garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menumis

* Kalau tak ada semua ni..guna je apa yang ada dirumah..

Cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang. Masukkan udang.
2. Masukkan semua bahan yang lain. Perisakan dengan garam dan serbuk perasa.
3. Masukkan inti dalam kelongsong sejurus sebelum dimakan untuk mengelakkan
kelongsong dari soggy (lembik)


Hidangkan bersama sos cili..kalau malas guna je yang dah dalam botol..contohnya Lingham..

menunggu weekend yang akan datang...

Saturday, June 18, 2011

Oreo Cheese cake

Habis la hari ni...kalau dikira jumlah kalori makanan yang dimakan gerenti dietician akan geleng kepala tak henti..tu la leceh nya cuti ni..asyik nak makan jer...anyway Cik Farah sibuk nak masak cheesecake..jeles tengok kawan-kawan dia masak la tu..ikutkan hati malas je nak melayannya tapi kesian pulak..so supervised dari jauh je la..sambil berfesbuking...hehehe...

Resepi ni dia ambil dari kawan dia..senang dan yang pentingnya jadikk...

Bahan :

Base :

200 gm biskut oreo (asingkan krim warna putih tu..)
70 gm mentega (cairkan)

250 gm cream cheese - suhu bilik
250 whip cream - suhu bilik
80 gm gula castor
15 gm gelatin (carik yang halal tau..)
60 ml air panas
Beberapa keping biskut yang dipecah-pecahkan.

Cara :
1. Kisar biskut oreo dan campurkan dengan mentega cair.
2. Tekan ke dalam acuan kek (springform pan) dan sejukkan 30 minit.
3. Larutkan gelatin dengan air panas dan biarkan sejuk.
4. Putar whip cream hingga kembang (pekat/stiff).Masukkan dalam petisejuk sekejap.
4. Pukul cream cheese dengan pemutar hingga lembut. Tambahkan gula campuran
gelatin, whip cream tadi dan krim biskut yang diasingkan tu.
5. Putar hingga sebati (sekejap jer..) dan masukkan biskut yang dipecah-pecahkan
tadi.
6. Masukkan dalam acuan. Hias ikut suka hati.
7. Sejukkan ( ada kata 2-3 jam..ada kata 5 jam..ada kata semalaman..)Yang ni
disejukkan 5 jam.










Minggu depan kena start puasa..dah terlebih makan...

Friday, June 17, 2011

Best nya weekend...

Minggu selepas cuti memang menyesakkan..banyak kerja yang perlu diselesaikan untuk berbagai pihak sehinggakan kerja sendiri pun seperti terabai..nak buat macam mana.."saya yang menurut perintah..." apapun bejaya juga la menyelesaikan sedikit daripada kerja-kerja yang melambak tu..minggu ni juga saya menyaksikan ramai orang yang stressed..kiri kanan..depan ..(belakang tak ada..yang ada notice board je..)..faham la kenapa jadi begitu..maklumla..bekerja dengan orang..tak semua faham dengan apa yang kita mahukan dan mungkin kita juga tak faham dengan apa yang orang tu mahukan...
anyway..esok cuti..nak menggunakan sepenuhnya sehari (dari 2 hari..hehehe..) untuk berehat dan buat benda2 yang menyeronokkan sebab minggu depan ada kerja yang memang pasti akan membuatkan saya sendiri akan stress...

tengokla apa hasilnya esok...:-)

Wednesday, June 1, 2011

Biskut Chocolate Chips

Bosan..kerja banyak lagi yang belum selesai tapi malas nak buat..Bahan kek yang tak jadi semalam masih ada lagi..so Cik Farah cadangakan buat anything dari buku yang dihadiahkan masa dia pergi pesta buku kat PWTC hari tu..so ini la hasilnya..tak la cantik macam kat dalam buku tu tapi rasanya not bad..lagipun tak ikut seratus peratus bahan yang digunakan contohnya telur yang tak sama gred dan sepatutnya guna muscavado sugar (nak carik kat mana la kat bandar kecik ni...)tapi yang ada kat dalam petisejuk cuma ada brown sugar.. so belasah je la..









Resepi nya..

175 g/6oz tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
125 g/4 1/2 oz margerin (dilembutkan)
85g/3oz muscovado sugar ( saya guna brown sugar)
55g/2 oz gula kaster
1/2 sudu tek esen vanilla
1 biji telur
125g/4 1/2 oz coklat chip

Cara :

1. Panaskan oven (190'C/375'F).
Lenserkan dulang pembakar dengan mentega.(marjerin pun boleh..)
2. Campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan putar hingga rata.
3. Sudukan kedalam dulang pembakar. Jarakkan sebab bislut akan mengembang.
4. Bakar selama 1- - 12 minit atau sehingga biskut perang.
5. sejukkan di atas redai.

Sangat mudah kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...