Pages

Saturday, December 3, 2011

Pra Persediaan Majlis Aqiqah anak SIL..

Semalam dapat phone call tentang Majlis Aqiqah untuk sis in law..as usual saya menawarkan diri untuk mengambil tugas menyiapkan door gift, tempat beradu baby etc..etc..Bukan sebab terer bab tu, tapi sebab malas nak berkait dengan bab masak memasak yang banyak-banyak dan main dengan kawah-kawah dan belanga yang besar-bear ni ..leceh..pastu nanti orang ni kata buat macam ni..orang tu kata buat macam tu..ishh..malas…

So..hari ni siapkan dulu cookies..decided untuk buat Crystall Ball sebab colornya menarik..harap-harap ‘makcik-makcik Marhaban tu suka setelah manisnya dikurangkan sedikit..kalau tak suka pun harap nanti anak or cucu Smiledia orang suka…

Ni resepinya..

300 gm tepung gandum

125 gm tepung jagung

50 gm badam kisar

130 gm gula aising

250 gm minyak sapi ( saya guna separuh minyak sapi, separuh butter)

Secubit garam

Beberapa pewarna ( saya guna biru dan pink)

Gula castor untuk salut luar

Cara :

1. Pukul gula aising dengan minyak sapi dan garam.

2. Masukkan campuran tepung.

3. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Saya bahagikan

kepada 3 bahagian, biru, pink dan tanpa pewarna

4. Setiap warna di bentuk panjang ( lebih kurang sepanjang jari je la..)Kemudian ketiga-tiganya nya

dicantumkan (memanjang). Roll pada tapak tangan supaya membentuk satu doh yang panjang.

Lepas tu baru la cubit sebesar yang dikehendakki dan bulatkan.

5. Golekkan atas gula castor dan bakar..make sure masa nak susun atas dulang pembakar tu,

bahagian yang cantik sekali di sebelah atas.

6. Bakar pada suhu 160 selama 20 minit..atau ikut kesesuaian oven masing-masing..

IMG_5881

yang belum masak…

IMG_5871

yang dah di bakar…


Masih memikirkan nak packkan dalam apa....



Friday, November 25, 2011

Toaster Cover

Hari ni hari yang cukup memberangsangkan..bukan apa..dapat buat 3 perkara yang dikira menyeronokkan la..pertamanya sebab dapat menguji resepi butter kek yang jumpa kat internet..dan hasilnya ternyata tidak menghampakan..dah nak habis dah pun walaupun yang makannya 3 orang je..keduanya sebab dapat menghasilkan oven toaster dalam masa tak sampai 2 jam..tak la cantik sangat tapi sekurang-kurangnya hasil tangan sendiri dan menggunakan lebihan kain dan harta benda yang ada kat rumah..





boleh la kan...setakat nak letak kat dapur sendiri....



Ketiganya pergi merayau-rayau kat kedai kabinet dapur yang tak berapa nak banyak kat bandar kecik ni sebab Mr.Hubby setuju nak tukar kabinet dapur yang baru...seronoknya....


Next project nak buatkan Cik Farah Nur Asyiqin key chain dari felt ( dah lama beli kat Nadicraft)dan berangan jugak nak buat bantal busuk untuk Mr.X yang baru berusia 2 hari....


Gila Butter Cake

Baru minggu pertama cuti sekolah..rasa sedikit bosan sebab tak boleh berjalan..asyik hujan dan Cik Asyiqin pulak tak habis periksa lagi..Hari ni jumpa resepi butter cake di blog Cooking Crave..so..apalagi..masak la….

Ni resepinya…setelah di translate..Smile

(A)
250 gm butter /mentega – lembutkan dahulu
85 gm gula kaster
1 tsp esen vanilla
Secubit garam
4 buji telur (asingkan kuning dan putih)
1 tbsp susu segar
200 gm tepung kek (kalau guna tepung naik sendiri tak payah letak serbuk penaik)
5 gm/ 1 tsp serbuk penaik

(B)
Putih telur
85 gm guka kaster

Kaedah:

  • Panaskan oven (175’). Lenser tin kek(8”).
  • Ayak tepung bersama serbuk penaik
  • Pukul butter,gula,garam dan esen vanilla sehingga kembang dengan pemutar.
  • Masukkan kuning telur (4 biji)sebiji demi sebiji. Pukul sehingga berkrim.Masukkan susu.
  • Kaup balikkan tepung kedalam campuran butter . Campurkan sebati.
  • Dalam mangkuk yang lain (pastikan bersih dan tiada kesan lemak/berminyak)pukul putih telur hingga berkrim dan masukkan gula perlahan-lahan.
  • Masukkan 1/4 ke dalam campuran tepung.Campurkan sebati dan kemudian baru campurkan yang selebihnya.
  • Tuang ke dalam tin kek dan bakar selama 40-45 minit. Test dengan pencucuk untuk menentukan kek dah masak.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

nak kumpul resepi butter cake….


Saturday, November 19, 2011

Butter cake dan Bola..

Butter cake ni saya buat sambil menengok perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia..Bukan apa..saya perlu mengalihkan tumpuan saya kepada benda yang lain sebab saya nak mengurangkan nervous..takut Malaysia tak menang...Mungkin satu sebab yang lain ialah saya menyampah tengok penyokong Indonesia yang terover..Mengejek2 lagu kebangsaan negara lain..menggunakan perkataan 'maling'..bukan kah itu tingkah laku yang seperti orang yang tidak bertamadun.? Bagi saya tingkah laku mereka ini menyebabkan matlamat Kejohanan ini diadakan tidak tercapai..secara peribadi saya mula mempunyai tanggapan yang negetif terhadap rakyat negara itu..(walaupun ramai suku sakat saya datang dari situ, termasuklah bibik yang selalu dibawa oleh in law balik ke rumah mertua yang boleh dianggap ringan tulang..)
Anyway..resepi ni saya ambil dari blog It's My LIfe dengan sedikit adaptasi bahan..:)

Bahan-bahannya:

250g pure butter (saya guna buttercup je sebab itu je yang ada kat dalam fridge..untuk result yang lebih baik guna jenama seperti SCS (pure butter)
250g tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum ? 1.4 camt baking powder)
200g gula kastor(saya kurangkan ke 180g - sebab kawan2 ramai tak suka manis..))
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Cara2:

Panaskan ketuhar 20 atau 30 min sebelum buat kek.

1.Pukul butter dan gula sampai kembang,gebu n jadi warna putih(low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
2. Tambah telur sebiji demi sebiji di selang seli dgn tepung sampai habis.
3. Masukkan susu segar.pukul lagi sampai sebati.
4. Masukkan dalam loyang...bakar suhu 180 selama 40 minit. dan


walla........





Gambar kek di potong tak ambik sebab excited bola menang..
Double seronok sebab kek jadi and bola pun menang...



Friday, November 11, 2011

Malas vs tak pandai....

Lama betul tak menjenguk ke sini..malas..nothing intresting to write..isu dalam pendidikan banyak yang boleh dibincangkan @ ditulis tapi again, malas nak taip...teringat hari tu Ketua Sidang Ridaksi suruh tulis artikel untuk di masukkan ke dalam majalah..jawap saya ; banyak yang saya ingin ceritakan tapi saya tak reti nak mengarang, tak tahu nak mulakan macam mana..dia kata tulis je, nanti dia edit...hahaha..sampai sekarang satu benda pun tak ada..sian cikgu bahasa yang mengajar masa di sekolah dulu..tak lepas kemana BM dan English yang sorang ni..Hmmm...mungkin satu hari nanti saya kan cuba juga untuk menyumbang artikel..


Rasanya anak-anak sendiri lebih pandai mengarang sebab seronok jugak bila baca hasil tulisan mereka...

Monday, October 31, 2011

Felt Craft

Teruja melihat felt craft yang comel-comel kat blog orang lain maka saya pun berangan-angan untuk mencuba kraf tangan ini...Langkah pertama yang saya buat ialah dengan memesan secara online beginners pack kat Nadicraft...seronoknya bila poslaju sampai...Bila nak buat tak tau la lagi...balik sekolah pun dah petang..sampai rumah dah totally exausted..hmm..maybe bila cuti sekolah nanti..:)







suka yang comel-comel...

Friday, August 12, 2011

Hujung Minggu

Bestnya esok hari Sabtu..banyak program yang dirancang untuk hujung minggu ni..tak termasuk lagi kerja sekolah Winking smile..anyway besar kemungkinan esok nak balik KL..tengok baby baru…Ahmad Yusuf Rayyan..anak Mak Ina..the one and only sister yang saya ada..Rayyan anak ke enam…waahhhh….tabik la kat Mak Ina..

287253_2128469424299_1622875122_2025680_7222207_o

Hmm..ada gaya Ina masa kecik dulu….

Tuesday, August 9, 2011

Tidak seperti yang diharapkan..

Beberapa hari yang lalu terbaca komen rakan fb berbunyi " WHAT IF - THINGS ARE NOT UP TO YR EXPECTATION"...hmm..apa nak buat ya..rasanya semua orang pernah menghadapi situasi yang sama.....apatah lagi bekerja dengan manusia.. baik rakan sejawat maupun orang yang berada di sekeliling kita yang bermacam ragamnya...lain yang dirancang..lain pulak hasilnya..lain yang dibincang lain pulak jadinya...patut kah kita rasa kecewa, marah, sedih, kecil hati etc...etc.....sebagai manusia biasa sudah tentu perasaan tu ada..bohong la kalau kita suka je kalau sesuatu itu tidak seperti yang kita harapkan....saya pun terfikir jugak apa yang perlu saya lakukan bila semua itu terjadi.Berikut adalah diantara isi penting yang saya dapati dari salah satu bacaan tentang bagaimana kita nak mengelakkan rasa kecewa when things are not up to our expectation..ikut yang saya faham la..:-)


1. Menerima parameter yang lebih luas..Bila sesuatu itu berlaku dalam parameter
yang sempit tahap kekecewaan akan jadi lebih tinggi, contohnya kalau kita nak
pegi berkelah, kita tak boleh expect hari akan panas je.. kita kena ada plan B
kalau tiba-tiba hari hujan..nanti kita takla kecewa sangat sebab kita dah
bersedia untuk menerima keadaan itu..

2. Live in the moment (macam mana nak translate ni ya...)..maksudnya, kita anggap
je la hidup sebagai satu penggembaraan..Bersedia untuk menerima apa sahaja yang
datang kerana itu semua adalah pengalaman.

3. Terdapat pelajaran berharga dalam setiap pengalaman yang kita lalui. Kita biasanya
mendapat apa yang kita perlukan dan bukannya apa yang kita mahu. Jika pembelajaran
dan perkembangan adalah keutamaan bagi kita, sudah tentu kita akan mencari sebab-sebab
untuk menghargai apa sahaja kemungkinan dan pengalaman.


Redha...


Saturday, July 9, 2011

Helpless...


Hari ni konon-kononnya nak update blog sekolah..nak upload video..biasanya guna account u tube sendiri..so ingat nak bukak la account u tube untuk sekolah pulak..cuai punya pasal tersilap masuk tarikh lahir..tup2 google kata saya bawah 13 tahun so account semua kena didisablekan..aduyai..macam mana nak buat ni..kalau nak unlock balik kena pos itu ini pulak kat pihak google tu..kalau nak biarkan je sayang pulak isi kat dalam blog tu..haissssshhhhh...

sakit hati atas kecuaian diri sendiri...

Thursday, June 30, 2011

Buat diri ku sendiri di hari lahir...

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak dan anak-anak muridku yang sangat dahagakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada mereka supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.


Rindu kat arwah mak...

Sunday, June 26, 2011

Pie Tee

Tengah mengemas rumah ternampak acuan pie tee..dah lama benar rasanya acuan tu dibeli cuma tak teringin nak membuatnya...mungkin sebab nak buatnya leceh..silap-silap tak menjadi sebab acuan tak berapa nak elok..lagipun kalau bater tak betul konsistensinya...habis la...alamat masuk tong sampah..
Anyway..since Cik Farah ada kat rumah dan bagus jugak ajar dia buat benda-benda ni ..maka terhasil jugak la pie tee ni..








Hmm..resepinya ..

Untuk kelongsong (boleh dapat lebih kurang 30):

20 gm tepung gandum
60 gm tepung beras
1 biji telur
180 - 200 ml air..(saya guna 180 ml)
Sedikit garam

Cara menyediakan kelongsong :

1. Ayak tepung beras dengan tepung gandum, masukkan garam.
2. Buat lubang di tengah dan masukkan telur.
3. Masukkan air dan kacau hingga licin. Rehatkan sebentar.
4. Panaskan minyak. Celupkan acuan dalam minyak panas dan celupkan ke dalam bater
(jangan tenggelamkan acuan). Goncang acuan perlahan2..supaya kelongsong keluar
dengan sendiri..kalau tak boleh keluar angkat dan kuis perlahan dengan garfu.
5. Setelah kuning angkat dan toskan minyak

* perlukan kesabaran..since saya guna acuan baru.. 3 kali try baru ok..
* Kelongsong boleh disediakan lebih awal dan simpan dalam bekas kedap udara. Kalau
lemau..masukkan dalam oven..nanti akan rangup semula..

Inti :

1/4 batang timun
1/4 batang lobak merah
1/4 biji sengkuang
1/2 cawan taugeh 1/2 biji cili merah dan hijau
1/2 keping tauhu (goreng dan potong dadu)
30 gm udang basah
3 ulas bawang merah - tumbuk
1 1/2 ulas bawang putih - tumbuk
Sedikit garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menumis

* Kalau tak ada semua ni..guna je apa yang ada dirumah..

Cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang. Masukkan udang.
2. Masukkan semua bahan yang lain. Perisakan dengan garam dan serbuk perasa.
3. Masukkan inti dalam kelongsong sejurus sebelum dimakan untuk mengelakkan
kelongsong dari soggy (lembik)


Hidangkan bersama sos cili..kalau malas guna je yang dah dalam botol..contohnya Lingham..

menunggu weekend yang akan datang...

Saturday, June 18, 2011

Oreo Cheese cake

Habis la hari ni...kalau dikira jumlah kalori makanan yang dimakan gerenti dietician akan geleng kepala tak henti..tu la leceh nya cuti ni..asyik nak makan jer...anyway Cik Farah sibuk nak masak cheesecake..jeles tengok kawan-kawan dia masak la tu..ikutkan hati malas je nak melayannya tapi kesian pulak..so supervised dari jauh je la..sambil berfesbuking...hehehe...

Resepi ni dia ambil dari kawan dia..senang dan yang pentingnya jadikk...

Bahan :

Base :

200 gm biskut oreo (asingkan krim warna putih tu..)
70 gm mentega (cairkan)

250 gm cream cheese - suhu bilik
250 whip cream - suhu bilik
80 gm gula castor
15 gm gelatin (carik yang halal tau..)
60 ml air panas
Beberapa keping biskut yang dipecah-pecahkan.

Cara :
1. Kisar biskut oreo dan campurkan dengan mentega cair.
2. Tekan ke dalam acuan kek (springform pan) dan sejukkan 30 minit.
3. Larutkan gelatin dengan air panas dan biarkan sejuk.
4. Putar whip cream hingga kembang (pekat/stiff).Masukkan dalam petisejuk sekejap.
4. Pukul cream cheese dengan pemutar hingga lembut. Tambahkan gula campuran
gelatin, whip cream tadi dan krim biskut yang diasingkan tu.
5. Putar hingga sebati (sekejap jer..) dan masukkan biskut yang dipecah-pecahkan
tadi.
6. Masukkan dalam acuan. Hias ikut suka hati.
7. Sejukkan ( ada kata 2-3 jam..ada kata 5 jam..ada kata semalaman..)Yang ni
disejukkan 5 jam.










Minggu depan kena start puasa..dah terlebih makan...

Friday, June 17, 2011

Best nya weekend...

Minggu selepas cuti memang menyesakkan..banyak kerja yang perlu diselesaikan untuk berbagai pihak sehinggakan kerja sendiri pun seperti terabai..nak buat macam mana.."saya yang menurut perintah..." apapun bejaya juga la menyelesaikan sedikit daripada kerja-kerja yang melambak tu..minggu ni juga saya menyaksikan ramai orang yang stressed..kiri kanan..depan ..(belakang tak ada..yang ada notice board je..)..faham la kenapa jadi begitu..maklumla..bekerja dengan orang..tak semua faham dengan apa yang kita mahukan dan mungkin kita juga tak faham dengan apa yang orang tu mahukan...
anyway..esok cuti..nak menggunakan sepenuhnya sehari (dari 2 hari..hehehe..) untuk berehat dan buat benda2 yang menyeronokkan sebab minggu depan ada kerja yang memang pasti akan membuatkan saya sendiri akan stress...

tengokla apa hasilnya esok...:-)

Wednesday, June 1, 2011

Biskut Chocolate Chips

Bosan..kerja banyak lagi yang belum selesai tapi malas nak buat..Bahan kek yang tak jadi semalam masih ada lagi..so Cik Farah cadangakan buat anything dari buku yang dihadiahkan masa dia pergi pesta buku kat PWTC hari tu..so ini la hasilnya..tak la cantik macam kat dalam buku tu tapi rasanya not bad..lagipun tak ikut seratus peratus bahan yang digunakan contohnya telur yang tak sama gred dan sepatutnya guna muscavado sugar (nak carik kat mana la kat bandar kecik ni...)tapi yang ada kat dalam petisejuk cuma ada brown sugar.. so belasah je la..









Resepi nya..

175 g/6oz tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
125 g/4 1/2 oz margerin (dilembutkan)
85g/3oz muscovado sugar ( saya guna brown sugar)
55g/2 oz gula kaster
1/2 sudu tek esen vanilla
1 biji telur
125g/4 1/2 oz coklat chip

Cara :

1. Panaskan oven (190'C/375'F).
Lenserkan dulang pembakar dengan mentega.(marjerin pun boleh..)
2. Campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan putar hingga rata.
3. Sudukan kedalam dulang pembakar. Jarakkan sebab bislut akan mengembang.
4. Bakar selama 1- - 12 minit atau sehingga biskut perang.
5. sejukkan di atas redai.

Sangat mudah kan...

Tuesday, May 31, 2011

Kek Tak Jadi!!!!!

Hari ni sakit hati..si Farah sibuk nak buat Moist Choc.Cake..so cari punya cari jumpa la satu resepi ni..nampak macam ok..sebenarnya bukan tak ada resepi kek yang menjadi dalam koleksi tapi tu la..konon2 nak mecuba yang baru..tup2..hmm..yang ado...nak salahkan resepi tu pun mungkin tak adil..mungkin sebab tukang buatnya (me and farah la..) tak pro lagi..takpe2..nanti boleh cuba yang lain pulak..bukannya orang nak marah pun kalau tak best macam dalam rancangan Hell Kitchen tu..kena semangat..sekurang-kurangnya sebaris dengan budak2 kat rancangan Junior Masterchef ...hahaha...




Sunday, May 29, 2011

Artis Malaysia vs Artis Korea

Tiba-tiba pulak tergerak hati nak tulis pasal isu ni…nak kata kebetulan bukan kebetulan sebab sebenarnya memang sengaja pergi Perhimpunan Sejuta Belia hari tu untuk tengok konsert yang menjemput kumpulan Super Junior M untuk buat persembahan..lagipun nak menemankan anak yang memang suka sangat dengan group ni.  Persembahan tu dimulakan oleh penyanyi Farah Asyikin..best.. sebab minat jugak kat dia ni..then beberapa penyanyi lain yang tak kenal sangat except for penyanyi Meet Uncle Husin and Nadia AF..tapi penonton yang rata-ratanya peminat Super Junior M seolah-olah macam tak sabar-sabar nak melihat group tu..everytime nama kumpulan itu disebut gerenti disambut dengan sorakan..(saya pun pelik jugak sebab semua penyanyi Malaysia tu asyik duk tanya.." nak tengok Super Junior ke??” takpun “siapa kat sini minat kumpulan Super Junior??”I mean kalau dah u on stage..the stage is yours..kalau nak suruh orang bersorak jangan la sampai meletakkan diri sendiri diranking nombor 2..

Anyway..bagi saya persembahan Suju tu memang sangat bertenaga dan menghiburkan walaupun saya lebih suka tengok persembahan Super Junior yang 10 orang tu..peminat mereka siap bawa light stick biru..pakai T-shirt biru..pakai cekak rambut biru..banners..hmm…memang betul-betul die hard fan...

Kontrovesi bermula lewat malam..selepas konsert habis..bila ada artis Malaysia start tweeting ketidakpuasan hati mereka terhadap artis Korea ni khasnya dan artis Korea yang lain secara umumnya..maka keluar juga la komen-komen yang pedas-pedas di FB antara fan Korean group dan anti Korean group…

Saya sendiri pun tak faham kenapa isu ni boleh jadi begitu hangat..(orang tua agaknya..jadi benda2 ni macam remeh je..)Yang terfikir di kepala saya ialah kenapa artis Malaysia yang memulakan isu tu tak menyuarakan ketidakpuasan hatinya di saluran yang betul..kenapa marah-marah dengan peminat kumpulan ni sehinggakan ada artis yang menggelar peminat kumpulan ini anjing dalam tweeter..bagi saya mereka ni berhak untuk meminati siapa sahaja..takkan nak paksa orang suka kita..kalau artis tu bagus for sure orang akan minat..tak payah nak paksa-paksa..Kan lebih bagus kalau artis tu kaji kenapa kumpulan-kumpulan mempunyai peminat yang begitu setia..Beberapa bulan lalu kumpulan tu buat persembahan di Stadium Putra..tiket yang paling murah harganya RM200++..yang paling mahal RM400++..penonton yang saya dapat tahu 9000 lebih..bukan ke itu yang patut dikaji oleh artis yang marah-marah tu..

Saya tak rasa peminat kumpulan ni budak-budak yang tak pandai yang suka melepak tak tentu hala..kebanyakkan yang saya tanya budak matrik la..budak asasi la.,student U ni..U tu la..ada jugak peminat dewasa..mungkin ni menyebabkan fan ni naik berang sebab di perlekehkan..

Dan satu lagi semasa menunggu di luar Stadium Putra tu saya sempat berbual dengan beberapa orang parents dari Johor..Terengganu..Sabah..Serawak..sanggup menghantar dan menemani anak mereka kerana menunaikan janji atas kecemerlangan anak masing-masing dalam pelajaran..10A’s..straight A’s dalam PMR dan SPM yang lepas..surau pun penuh sebelum dan semasa persembahan..malah saya lihat ada yang solat di koridor stadium..so..janganlah memperlekehkan mereka..Saya tidak menyebelahi mana-mana..sebagai seorang yang meminati muzik saya cuma harap artis kita jangan cepat melenting..seperti yang saya katakan tadi..kalau artis tu nakkan peminat mereka harus kaji aliran muzik yang diminati..cara persembahan yang bagaimana boleh memikat hati ..begitu juga dari segi gaya dan penampilan..Saya juga diberitahu sebelum sesebuah kumpulan mengeluarkan lagu atau album mereka berlatih berbulan-bulan sebelum keluar kat tv..mungkin sebab itu juga la tarian mereka begitu perfect..Bermusuh dengan penggemar muzik ini (tak kira la muzik barat ke..muzik korea ke..jepun ke..world music ke..)adalah satu benda yang merugikan artis itu sendiri..siapa yang nak beli cd kalau orang tak suka…

IMG_3922edit

Masa opening..

IMG_3946edit

Salah satu persembahan

fasyikin

Persembahan Farah Asyikin ni menghiburkan tapi yang tak bestnya bila dia pusing nampak tali-tali yang tak sepatutnya nampak..crime in fashion?




peminat Datuk Siti dan Anuar Zain...(old skool punyha taste eh...)

Friday, May 6, 2011

Makan-makan

Minggu lepas dapat jemputan dari adik dan ipar tersayang (kekeke..) ke majlis makan-makan bersama adik beradik yang di taja sepenuhnya oleh dia suami isteri..dia tak cakap pulak kenapa dia nak sponsor..maybe dapat habuan apa2 la tu..anyway peluang untuk dapat pergi ni memang susah nak dapat..sibuk memanjang..so tersangat la seronoknya..walaupun hujan renyai tapi tetap meriah..kebetulan pulak wedding anniversary Cik Kiah dan Pak Shariff..so ada jugakla potong2 kek nya...hopefully nanti ada lagi majlis sebegini...


terima kasih la seri (si baju merah) sebab belanja makan...

Mak Yana with pengantin lama..

sepupus..


demo buat kapal to anak sedara...

with Ad i(yang ada je cerita kelakar dia..) and Mak Yana...

aikk..serius je..

jantina yang semakin pupus dalam family..

orang suruh makan..dia sibuk main kapal..



kalau ada semua mesti lagi best...

Saturday, April 30, 2011

Betul ke nak jadi cikgu...

Hari ni seperti yang dijadualkan pergi menghantar Farah menduduki peperiksaan Medsi nya..lepasan diploma ada..STPM ada..matriks ada...muka semuanya fresh belaka..teringat masa zaman diri sendiri semasa memohon ijazah perguruan dahulu tak ada pun peperiksaan yang sebegini..cuma perlu di temuduga sahaja..mungkin sekarang ramai sangat nak jadi cikgu..jadi perlu ujian kelayakan sebegini..kepada anak-anak (hmmm..) dan adik-adik yang ingin sangat nak jadi cikgu kerana berjiwa cikgu tu.. semoga berjaya..kalau niatnya betul insyaAllah akan menjadi cikgu yang berjaya juga...kepada yang memohon nak jadi cikgu semata-mata untuk mempunyai pekerjaan itu..bersedialah kerana pekerjaan ini memerlukan pengorbanan yang tinggi..selain dari mengajar ada masa perlu jadi tukang kebun..ada masa kena jadi pekerja am sekolah..ada masa jadi seperti kerani sekolah..ada juga yang berkerusi plastik walau grednya sama dengan pengarah di jabatan lain..tapi kalau dah jiwanya di sekolah itu semua tak menjadi masalah..
Anyway..untuk menghilangkan kebosanan menunggu di luar dewan..sempat jugaklah klik sana..klik sini...










takhziah kepada sahabat baik yang kehilangan saudara terdekat..semoga rohnya dicucuri rahmat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...