dah lama tak menjenguk kesini..nak kata sibuk..tak la sibuk sangat..nak kata tak sibuk..banyak jugak yang perlu dibereskan..mungkin sebab puasa..malas nak duduk kat depan komputer..surah yang perlu diselesaikan untuk tadarus Al-Quran pun tak mula lagi sebab nak habiskan yang sendiri punya...mungkin cuti hujung minggu ni nak selesaikan hutang tu..khamis dan jumaat pula ada majlis persaraan pengetua jadi adalah sikit kerja yang perlu dibuat..bila ingatkan tentang persaraan terfikir pulak tentang diri sendiri..apa yang akan dirasa bila masanya tiba nanti..sedih ke..suka ke..hmmm.
que sera sera...
Wednesday, August 18, 2010
Sibuk ke...
DIKARANG ATAU DICOPY PASTE OLEH Maziah at 9:36 PM 0 comments
Tuesday, August 10, 2010
Ramadhan datang lagi..
Esok bermulalah bulan Ramadhan..bulan yang penuh kelebihan dan keberkatan.Syukur alhamdulillah kerana dipanjangkan umur untuk menjalani ibadah puasa..harap-harap diberi juga kesihatan supaya dapat berterawih..Bukan apa..bila dah tua ni macam-macam penyakit..sakit kaki la..sakit badan la..sakit dada la..bukan mencari alasan tapi itu la yang menjadi masalah..anyway..selamat berpuasa kepada semua umat islam diseluruh dunia...
sakit hati dengar bunyi meriam buluh ni..puasa tak lagi tapi dah berdentam dentum..yang main tu entah puasa entah tidak...hmmmm...
DIKARANG ATAU DICOPY PASTE OLEH Maziah at 11:25 PM 0 comments
Friday, August 6, 2010
Hujung datang minggu lagi
Hujung minggu datang lagi…tapi minggu yang telah dilalui ni bukan la minggu yang seperti diharapkan..tapi tak kisahlah..dah lebih 20 tahun bekerja..semua tu dah jadi asam garam bekerja.. cuma mungkin bila usia dah meningkat kita jadi lebih sensitif..maybe thats the problem..sensitif..salah cakap.. sedih…kena tegur sikit sedih..orang cakap kasar sikit..sedih..orang buat tak peduli..sedih..tak boleh begini kan…kena lawan semua tu..anyway..hujung ni nak buat baju raya untuk anak-anak..hopefully tak jadi angan-angan..
masih sedang merasionalkan perasaan…
DIKARANG ATAU DICOPY PASTE OLEH Maziah at 6:31 PM 0 comments