Pages

Saturday, March 6, 2010

Memori..



Dalam kesibukan bekerja semalam tiba-tiba ada seseorang mencari..ingatkan ada parents yang ingin berjumpa tapi rupa-rupanya seseorang dari masa silam..teman sekampung dan rakan sepermainan yang juga mempunyai ikatan kekeluargaan..walau lama tak berjumpa..masih kenal walaupun pada pandangan pertama..padan la dua tiga hari ni asyik tercari cari gambar favourite semasa kecil..bersama arwah Along..Kak Ani dan Duan di pagi raya..masih tak berjumpa gambar tu walaupun puas menyelongkar..
Mengimbau kembali zaman kanak-kanak di kampung memang menyeronokkan..bermain kondang kundi..batu simbang..police and thief (tapi pronounce as police and tif)..baling gelung getah atas tin dengan selipar..sorok-sorok..not to forget galah panjang..hmm..semua tu dah tak jumpa dah sekarang..even kalau cerita tu pada anak-anak mereka akan ketawakan dan mugkin reponse mereka ialah..u make me laugh...
Tanpa disedari mungkin itu semua la yang mengikat hubungan walaupun berpuluh tahun lama tak berjumpa.


yang pernah jatuh dalam tali air masa belajar naik basikal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...