Jeruk? Ha...ni bukan makanan yang baik untuk kesihatan..mungkin tak ada nilai pemakanan... yang pastinya jeruk mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi. Ada orang kata makan jeruk boleh melemahkan daya ingatan. Tu antara sebab anak-anak tak makan jeruk sebab mereka takut susah nak mengingat isi pelajaran..Kepala ikan dan organ-organ dalaman haiwan pun mereka tak makan. Alhamdulillah setakat ni pencapaian mereka dalam pelajaran memuaskan.
Dah tau tak elok kenapa nak buat? Saje je la... nak mencuba...Sekurang-kurangnya tau jugakla bila orang bertanya..Lagipun kalau orang tua yang makan..tak apa kot..bukan makan banyak pun..bawak ke tempat kerja kongsi makan dengan kawan-kawan..mungkin tak memudaratkan.
Cara membuat jeruk mangga ( yang saya guna )
10 biji mangga pauh
2 cawan garam kasar
3 cawan gula
Cara :
1. Bersihkan mangga dan potong ikut suka. Buang kulit boleh..tak buang pun tak apa.
2. Rendam mangga dalam air garam ( 3 malam ).Mungkin kalau nak masam boleh rendam lebih singkat.
Saya rendam 3 malam sebab saya tak buang kulit. Warna hijau tu 3 malam baru luntur.
3. Basuh mangga tu dan rendam sekejap. Toskan.
4. Masak gula dengan air. Saya guna lebih kurang 2 cawan. Sejukkan air gula tu. Lepas tu salin la
air gula tu dalam bekas lain. Masukkan manggu dalam dalam air gula.
5. Biarkan dalam peti sejuk selama 2 atau 3 malam. Siap....
Nak banding dengan jeruk Pak Ali Penang tu memang takla...